Sunday, November 25, 2012

Sejarah Belangkas

Okey, ni aku nak cerita serba sedikit la berkenaan ngan belangkas ni kan..dalam previous post aku tu aku cakap aku suka makan belangkas tapi mesti ada antara korang yang tak tau apa itu belangkas kan?cerita dia macam ni........

Belangkas mendapat namanya apabila kedua-dua hidupan ini(jantan dan betina) sentiasa bersama-sama. Maksudnya, susah nak terpisah and mesti bersama-sama walau d mna berada. Sama juga seperti pasangan-pasangan sama ada yang belum kawin ataupun yang sudah kawin tetap mau bersama-sama juga kan? So, sama la juga dengan belankas ni!kiranya tkut pasangan dia lari kot(agaknya la..ahaks!)

Belangkas ni tergolong dalam kategori hidupan dalam air laut masin and dalam paya air tawar. Haiwan ni tak mengigit tapi dia akan mengeraskan ekornya(dari separuh badan ke ekor) untuk mempertahankan diri lah kiranya. Senang ja mau tangkap Belangkas ni sebenarnya.

Belangkas tergolong dalam kumpulan Limulidae dan ia ada 2 jenis Belangkas beserta nama saintifiknya.
  1. Tachypleus Gigas adalah belangkas yang hidup di pinggir panta
  2. Carcinoscorpius Rotundicauda yang hidup di kawasan paya
 Ciri-ciri Belangkas:
  • Merupakan Artropod laut yang berbentuk 'ketopong besi'(tentera punya bentuk)
  • Ekor yang tajam dan panjang
  • Saiz boleh mencapai sehingga 51cm (20 inci)
  • Anggota badannya boleh bercantum semula jika terputus
  • Sistem keimunan yang menakjubkan dan tidak seperti hidupan laut yang lain
  • Sentiasa bersama pasangannya(belangkas betina)
  • Senang ditemui di laut cetek dalam keadaan berdua iaitu jantan dan betina
Kepentingan Belangkas
1) Kebanyakan haiwan dikenal pasti dapat digunakan untuk tujuan perubatan dan begitu juga dengan belangkas ini. Menurut Encik/Puan/Cik/Sir Wikipedia, darah belangkas yang berwarna biru adalah berharga RM17,500 (USD5000) seliter di Amerika Syarikat. Ha!menurutnya lagi, kalau nak dapat 1 liter darahnya ni kena korbankan sebanyak 115 ekor belangkas saiz kecil di Tanah Melayu!eh!Semenanjung Malaysia.hehe tapi kalau kat perairan Sabah hanya 45 ekor untuk dapatkan 1 liter darah biru belangkas ini katanya la. Aku pun tak berapa pasti kebenarannya sebab tak buat uji kaji lagi tau.ahaks! Katanya lagi, belangkas tu tak payah la sampai nak kena bunuh ke apa kan. Just sedut ja darah belangkas tu keluar.
2) Kata si Encik Wiki lagi, bahan dalam badan belangkas ni boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria and then toksin dan penggunaan ini pun telah meluas di Eropah, US, Jepun and Asia Barat sejak 1988.

Okey, sekrang korang da tau kan serba sedikit tentang belangkas ni? So, korang g la try belangkas ni. Sedap aku cakap!mesti korang nak lagi.hehe Belangkas ni diharuskan hukum memakannya. Kalau korang rasa ragu-ragu dengan aku korang boleh tengok link ni Hukum Memakan Belangkas

p/s : Since korang da tau ni kan, kalau ada yang terror masak masakan belangkas ni korang share2 tau.!fav ni..hehe




No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...