Thursday, January 31, 2013

Ubi rebus

Asslamualaikum my belog..

Alhamdulillah..aku masih diberikan peluang untuk bernafas lagi d muka bumi ini dan pagiku diceriakan lagi dengan breakfes ubi rebus *>>$>$>$>>@@@****{{?? Haaa??pagi-pagi makan ubi rebus?? Budak ni betul ke tak ni?alahai la...kalau macam ni kau nak masakkan untuk husband tak lama memang dia lari la bekfes kat luar je!haha

Ok sorry aku melalut...minta simpang la husband(future ok!) lari..kalau dia nak lari senang je..ikat tali kat badan dia and then kita ikut dia pegi mana pun..tapi tak boleh juga lagu tu kang tak pasal-pasal jadi kes dera..tak ke naya aku yang kena masuk penjara.dush!dush!tumbuk muka diri sendiri ada hati nak mendera!

Jauh lagi aku melalut..hihihi so, ni aku nak cita la pasal ubi rebus aku ni a.k.a sajian bekfes aku la kiranya..tapi aku bekfes tadi jam10.40..kira bekfes ke juga?ermmm..pape je la..>ok nak lari topik sebenarnya< Ni ubi rebus ni sedap tau..ala-ala kentang bakar yang orang Korean selalu buat tu tapi ni kita guna ubi and then kita rebus ok..kat cni aku gunakan ubi manis..kalau ubi kayu lebih sesuai di bakar kot and buat bubur ubi..haaa...
Ubi manis rebus!yeah..:P
Cam tu la jadinya bila ubi da siap direbus..haa...orang lain kalai nak makan ubi rebus ni dorang akan cicah madu ke, honey ke(sama je kot madu ngan honey!dush!kena lagi..hmmm), gula hangus pun blh..tapi aku lebih suka makan terus cam ni..terasa asli ubi tu tau..tapi..tapi..tapi..kupas dulu tau kulit dia..jangan nak melantak terus..kawal cikit nafsu makan tu..:P

Makan makanan rebus-rebus ni best lebih-lebih lagi time-time hujan cam ni..waaa....memang hangat mulut kita nak mengunyah..tapi makan tu beringat sikit ok..jangan nak makan macam tengah lari 100 meter..tak pasal-pasal tercekik aku tak tanggung erk..

p/s : teringat kenangan dulu-dulu dengan arwah mak aku masa kitorang makan ubi rebus ni sesama..sob..sob..sob..

Aku mahu berubah!

Aku mahu berubah!
Tapi macam mana?siapa nak tolong aku?
Aku sendirian di sini tanpa ada sesiapa!
Tidak!!Aku ada Allah..Hanya DIA boleh bantu aku...
Tapi macam mana? Nak berubah kena nekad dan niat ke jalan yang di redhai..
Siapa yang sanggup nak tolong aku?
Bantu la aku..Aku tersesat dari jalan-Nya..
Aku perlukan bantuan..
Aku mahu kembali ke jalan yang benar!
Jalan yang dulunya aku lalui bercahaya terang seakan memanggil ku kembali..
Aku takut akan karma..
Aku takutkan azab-Nya
Aku tinggalkan suruhan-Nya
Aku berbuat dosa melanggar perintah-Nya
Aku kecewa dengan diriku sendiri!
Mengapa begitu senang aku mengatakan iya pada syaitan yang menghasutku?
Kenapa?
Mungkin imanku lemah!mudah goyah!
Ya Allah..bantulah hambamu ini..
Tunjukkan la aku jalan menuju Syurgamu Ya Allah..
Berikan aku petunjuk-Mu
Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi hasutan syaitan dan dugaan-Mu Ya Allah..
Tiada jalan yang seindah jalan yang Engkau Redhai Ya Allah
Tunjukkanlah padaku jalan-Mu Ya Allah
Hanya pada-Mu aku bersujud memohon keampunan dan keredhaan
Sesungguhnya aku insan yang kerdil di sisi-Mu
Aku mahu berubah!
Aku ingin merasa nikmat ketenangan
Yang semua umat impikan
Aku mahu berubah..aku mahu berubah..

Wednesday, January 30, 2013

Tema tahun ni

Assalamualaikum

Aku sihat-sihat je ni..<==cian xde orang nak tanya aku dengan senang hati je la nak bagtau!ahaks!==> Tema?bercerita pasal tema ni kan ia banyak jenis sebenarnya..tema untuk event ke, tema baju ke, warna, fesyen, ataupun holiday ke..memang banyak sangat la..susah nak citer..kata nabil raja lawak tu 'lu fikirlah sendiri'..hihihi

So,cite kita pasal tema ni berkaitan dengan tema warna baju untuk tahun ini iaitu tahun 2013..Means kalau nak beli baju ke nak pilih kain ke mesti guna tema warna yang kena pilih la..tapi tujuan sebenar lebih kepada tema warna baju untuk Hari Raya Aidilfitri 2013!haaa..kelassss kau Mong!hihi.. Semangat ya amat budak sorang ni..tahun 2013 baru jer masuk..baru sebulan pun da nak cari tema bagai..ye la yunk..kita kena la cari awal kan nannti tak nak la kelamkabut di kemudian hari..memang best nak beli time dekat-dekat nak raya tapi aku lebih suka beli awak jadi bila siap awal kalau ada yang aku tak berkenan aku boleh ubah kn..kn..kn..? haaa...rasionalnya, kena lah buat atau tempah siap-siap baju anda...tak nak lah nanti masa raya menangis tak berlagu baju tak siap lagi..hukhuk!

Berbalik kepada topik kita pada hari ni(waaa..ala-ala..talk show!malu i tau..hehe) aku nak listkan pilihan benda warna tema baju aku pada tahun ni. Antaranya ialah :

                     Putih - bersih tapi cepat kotor kn?
                     Biru  - cantik tapi da ada da
                     Purple - suka ni tapi kalau ambik warna ni nanti sedih sebab ada kenangan warna ni :(
                     Oren - tak terlalu cerah ke?
                     Hijau - tak suka hijau!
                     Kelabu - not bad
                     Hitam - look seksi!eeuuwwhh!hihi

Antara semua list ni kan, rasa-rasa apa warna yang menarik?kalau mengikut citarasa hati aku yang dup..dap..dup..dap.. nak memilih ni Misz Hati aku cakap pilih la warna Kelabu tu..kalau hitam nanti orang takut sebab bayang-bayang kita kan warna hitam..huhu apa la Misz Hati ni fikir bebukan je erk? tak baik tau Misz Hati..hehe

Nak ikut cakap Misz Hati ke?orang kata kalau nak buat sesuatu kena tanya hati kan?so, oleh kerana hati aku da cakap pilih Kelabu, warna tema baju aku untuk tahun ini adalah Kelabuuu!!!!yeah!!!tahniah..tahniah kerana aku telah membuat pilihan dalam masa tak sampai 10 minit...caya la Misz Hati & Misz Mong!(orang yang sama kot?)..memecah rekod yang selama ni dipegang iaitu selama sebulan dalam memilih tema warna baju ini..

Warna da pilih, so pesen apa lak kita nak buat?nak buat kebaya ke?kurung asli ke?moden ke?atau kimono ke?ke ada pesen lain? Nak kena tanya Encik Google la ni..Harap-harap Encik Google tolong kita erk..hehe please Encik Google...i lap u.. mmuaaahhh!!oppsss...untuk Encik Google tau..yang lain jangan nak perasan sangat la..:P

Yang ni antara fesyen yang aku suka SIKIT..sikit ye..hihi



Kain dia ni macam menarik je!

Yang ni pulak jenis kebaya..tapi kebaya ni semua banyak yang ikut body..kalau kebaya mestilah cam tu kan?ermm...


Haa...yang mana satu...idaman kalbu....cewahhh menyanyi la pula..kalau suara sedap macam kak CT tak pe lah juga nak nyanyi!(menangis tak berlagu lagi!sob..sob..sob..)
Pilihan ni macam so so je kan?tak nak lah menyesal nanti bila da siap tapi tak cantik pula kan?apa kata kalau aku ambik masa lagi sebulan fikir design apa aku nak..sebab design baju ni da ramai sangat orang pakai la..huhu tak pe Mong tak pe..kau banyak masa lagi nak decide..Raya lama lagi la Mong!yes!raya lama lagi..nanti lagi sebulan raya baru lah kena risau..haha jangan takut ye Mong..Nanti Misz Hati tolong ok?deal?yes of course la kitorang deal!(sain agreement pas ni!)


p/s : tak nak warna baju sama dengan orang lain..kalau sama warna pun design kena berbeza ok!xoxo..(*___~)

Hanya kerana satu gambar..

Assalamualaikum my world...

Kita kembali dalam rancangan belog!!yeah!..yeah!..haha Aku datang lagi ke belog ku sendiri..waaa ala-ala variety ckit ok..ckit je pun xyah nak eksen sangat ye daq?haha

Ok, tadi sebenarnya masa aku tengok-tengok gambar and ambik kesempatan baca story artis ni kan aku terperasankan satu benda ni tau..hanya kerana sekeping atau sebuah gambar cerita tentang artis akan menjadi panjang sekali..sama ada ianya gosip semata-mata ataupun fakta..tapi..tapi..tapi...bukan artis je tau!orang biasa pun kalau dia post gambar dekat pesbuk ke, dkat twitter ke mesti konform punya la ada cerita je..terpulang dengan individu yang melihat nak bagi cita best ke atau pun yang menyakitkan hati..haha antaranya budak kat bawah ni la perasan je cantik!*cantik kot?*
Gambar hiasan
cantik ker?erm kalau mengikut aku cantiklah kot!hahaa*emang ler ko cakap cantik sebab tu muka ngko!* katanyalah gambar ni diambik masa kelas Accounting dorang buat Annual Dinner 2011 dekat Sabah Oriental Hotel dekat Kota Kinabalu.. Budak ni katanya la first time g dinner ni tapi kalau makan malam kat umah and kat hostel selalu la!hihihi <<==jenis yang tak faham bahasa kot!selalu jer nak loyar buruk tau..benci..benci..benci..==>>

Eh, kita sambung cita tadi erk..katanya dia first time attend dinner kat luar ramai-ramai..dlu katanya tak pernah pergi..selalu kat bilik je tu yang katanya first time..laaa...ciannye dia ni kan??tak pe..tak pe..ni da pergi da kan dinner...

Haaaa....seee??hanya kerana satu gambar jer banyak citer pula yang keluar seh*walaupun aku citer tadi satu citer je yang keluar anggap je banyak!ahaks!*...Gambar hiasan diatas adalah hasil tangan "Misz Mong" menggunakan "Sony experia mini"..amacam?ada baik punya kualiti ker?terperasan la kejap..orang kebaharuan nak g dinner kn..kn..kn...hihi

Banyak lagi gambar sebenarnya ni..nak publish kena satu-satu..tak leh nak public sangat..ye la..kita ni bukannya cantik sangat nak jadi tontonan umum kan..just so so jer orang cakap..huhu


p/s : tak pe merendahkan diri yang sememangnya sedia rendah..sob..sob..xoxoxoxo!

Tuesday, January 29, 2013

Teringin sangat!

Assalamualaikum

Lama rasanya tak update blog lagi..maklumlah bz je memanjang ntah tak tau apa yang dibizikan sangat aku pun tak tau..hahaha aku bukanlah tiap ari ada story baru..lebih-lebih lagi time aku cuti sebulan ni*cuti sem ye jan nak memandai fikir bukan-bukan!ahaks!* mulah lah nak menCHUBBYkan diri sendiri tu..haiii...da memang jap lagi nak jadi belon da aku ni..isk..isk..isk...

Tp..tp..tp...satu yang aku kena sematkan dalam jiwa raga segala bakul semuanya lah.haha..da melalut da aku ni..tak lama lagi kang tak tentu aku cita..isk!balik ke pangkal cerita aku la..gegirl CHUBBY ni cute tau..nak je aku cubit-cubit pipi dorang tu tau..geram sangat!hehe aku suka berkawan ngan dorang sebab dorang lagi kelakar tau!tak pecaya?cuba try test tgk..hehe

Tadi main point aku nak cerita pasal aku teringin sangat kn??Aku sebenarnya teringin sangat nak pegi travel ni..best sangat tengok kawan-kawan travel tau!dalam hati rasa*bukan rasa pakai lidah tapi pakai perasaan!mention je tkut nanti kang salah faham lagi!hehe* alangkah bestnya kalau aku pun dapat travel macam tu..Aku teringin sangat nak pegi Korea, Jepun, Indonesia, and yang paling aku teringin sangat nak pegi Mekkah.. Subanaallah..alangkah indahnya pengalaman kalau dapat mengerjakan umrah di Rumah Allah lagi indah jika dapat mengerjakan haji bersama suami*teringin sangat!* dengan itu!aku menanam impian, jika ditakdirkan aku bertemu jodoh, aku mahu menjadi tetamu-Mu Ya Allah..Tiada tempat yang terindah selain Mekkah dan tiada syurga yang terindah selain syurga-Mu Ya Allah..Amin..Moga-moga dimakbulkan doaku..Amin..


Monday, January 21, 2013

Welcome Back Mong!!

Assalamualaikum my palace!!


Rindunya nak update blog. Da lama tak update sebab final exam kan so aku kena kuarntin diri aku untuk tidak menyentuh laptop atau try2 nak connect line kat hostel 2.huh!boleh juling mata aku lama-lama kalau tiap ari study tengok nombor2. Da tu nombornya sama ja yang bezanya '0' kat belakangnya ada berapa.haha
Gambar hiasan!ahaks!
Keadaan aku lebih kurang cam ni la buku depan aku tapi FYI gambar ni gambar sem lepas (sem 2) sebab sekarang aku sem 3. Final baru2 ni aku tak ambik gambar sangat sebab tengah bserabut otak nak catch up benda ni. Sem 2 punya kursus boleh tahan la tapi sem 3 lagi mantap sebab tu aku tak tfikir nak ambik gambar masa study.huhu Meh aku cita subjek2 yang aku ambik setakat sem 3 ni.

Masa aku sem 1 aku ambik asas akaun semua and di samping marketing, management, micro, ppib and biz math. Ha!cita pasal biz math ni!aku paling anti subjek ni sebab dia melibatkan add math u know!tapi nasib baik aku dapat transfer jam kredit..ya la.kan aku ni bfore masuk U aku 'budak poli' dulu tau. Bila masuk U ni sistem dia lain macam sikit. Ok yang tu nanti kita cita pasal sistem bagai ni.hihihi

Untuk sem 2 aku ambik akaun lagi dalam shortcutnya FA1. and then macro, FM(financial management), APK(keusahawanan), ppib, TITAS(Tamadun islam dan asia), MA1(management accounting), Ethics, Teknik & Kemahiran belajar. Banyak tak?banyak kan? Dulu kat poli ciput ja kitorang punya subjek.tapi..tapi..tapi...yang korang perlu tau adalah Politeknik dan Universiti tak sama sayangggg oiiii..!hehe so, nak tak nak korang kena hadapi dengan hati yang tenang ye(terperasan kejap!hehe).

Akhir sekali, untuk sem 3 ni aku ambik ciput je subjek sebab thanks to 'jam kredit' aku yang boleh ditransferkan. so, aku tak payah la nak ambik lagi kos lain yang aku da ambik kan..kan..kan...so, sem 3 ni aku ambik 6 subjek ja antaranya ialah FA2, MA2,CF(coporate finance), Ob(organization behavior), ppib, and Ko-kum Volley Ball. Ko-kum Volley Ball ni tak payah cakap knapa aku pilih sebab aku memang minat giler benda game ni.Best giler siot!rasa macam tengah tampar orang pun ada tau!haha just a joke!:)

Antara semua subjek yang aku sebut2 kat atas 2 aku paling minat la akaun. Da nama pun student Accounting kan mestilah minat akaun ja.hehe and then the fact is aku tak suka baca fakta!asal aku baca fakta ja conform memang mata aku layu selayu-layunya!haha fact ok sebab tu la aku tak jadi ambik lawyer dulu kalau tak aku rasa memang lawyer yang jadi aku bukan aku yang jadi lawyer.wakakaka!

p/s : accounting adalah jiwa aku..cehhh..jiwang karat!huh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...