Wednesday, January 30, 2013

Tema tahun ni

Assalamualaikum

Aku sihat-sihat je ni..<==cian xde orang nak tanya aku dengan senang hati je la nak bagtau!ahaks!==> Tema?bercerita pasal tema ni kan ia banyak jenis sebenarnya..tema untuk event ke, tema baju ke, warna, fesyen, ataupun holiday ke..memang banyak sangat la..susah nak citer..kata nabil raja lawak tu 'lu fikirlah sendiri'..hihihi

So,cite kita pasal tema ni berkaitan dengan tema warna baju untuk tahun ini iaitu tahun 2013..Means kalau nak beli baju ke nak pilih kain ke mesti guna tema warna yang kena pilih la..tapi tujuan sebenar lebih kepada tema warna baju untuk Hari Raya Aidilfitri 2013!haaa..kelassss kau Mong!hihi.. Semangat ya amat budak sorang ni..tahun 2013 baru jer masuk..baru sebulan pun da nak cari tema bagai..ye la yunk..kita kena la cari awal kan nannti tak nak la kelamkabut di kemudian hari..memang best nak beli time dekat-dekat nak raya tapi aku lebih suka beli awak jadi bila siap awal kalau ada yang aku tak berkenan aku boleh ubah kn..kn..kn..? haaa...rasionalnya, kena lah buat atau tempah siap-siap baju anda...tak nak lah nanti masa raya menangis tak berlagu baju tak siap lagi..hukhuk!

Berbalik kepada topik kita pada hari ni(waaa..ala-ala..talk show!malu i tau..hehe) aku nak listkan pilihan benda warna tema baju aku pada tahun ni. Antaranya ialah :

                     Putih - bersih tapi cepat kotor kn?
                     Biru  - cantik tapi da ada da
                     Purple - suka ni tapi kalau ambik warna ni nanti sedih sebab ada kenangan warna ni :(
                     Oren - tak terlalu cerah ke?
                     Hijau - tak suka hijau!
                     Kelabu - not bad
                     Hitam - look seksi!eeuuwwhh!hihi

Antara semua list ni kan, rasa-rasa apa warna yang menarik?kalau mengikut citarasa hati aku yang dup..dap..dup..dap.. nak memilih ni Misz Hati aku cakap pilih la warna Kelabu tu..kalau hitam nanti orang takut sebab bayang-bayang kita kan warna hitam..huhu apa la Misz Hati ni fikir bebukan je erk? tak baik tau Misz Hati..hehe

Nak ikut cakap Misz Hati ke?orang kata kalau nak buat sesuatu kena tanya hati kan?so, oleh kerana hati aku da cakap pilih Kelabu, warna tema baju aku untuk tahun ini adalah Kelabuuu!!!!yeah!!!tahniah..tahniah kerana aku telah membuat pilihan dalam masa tak sampai 10 minit...caya la Misz Hati & Misz Mong!(orang yang sama kot?)..memecah rekod yang selama ni dipegang iaitu selama sebulan dalam memilih tema warna baju ini..

Warna da pilih, so pesen apa lak kita nak buat?nak buat kebaya ke?kurung asli ke?moden ke?atau kimono ke?ke ada pesen lain? Nak kena tanya Encik Google la ni..Harap-harap Encik Google tolong kita erk..hehe please Encik Google...i lap u.. mmuaaahhh!!oppsss...untuk Encik Google tau..yang lain jangan nak perasan sangat la..:P

Yang ni antara fesyen yang aku suka SIKIT..sikit ye..hihi



Kain dia ni macam menarik je!

Yang ni pulak jenis kebaya..tapi kebaya ni semua banyak yang ikut body..kalau kebaya mestilah cam tu kan?ermm...


Haa...yang mana satu...idaman kalbu....cewahhh menyanyi la pula..kalau suara sedap macam kak CT tak pe lah juga nak nyanyi!(menangis tak berlagu lagi!sob..sob..sob..)
Pilihan ni macam so so je kan?tak nak lah menyesal nanti bila da siap tapi tak cantik pula kan?apa kata kalau aku ambik masa lagi sebulan fikir design apa aku nak..sebab design baju ni da ramai sangat orang pakai la..huhu tak pe Mong tak pe..kau banyak masa lagi nak decide..Raya lama lagi la Mong!yes!raya lama lagi..nanti lagi sebulan raya baru lah kena risau..haha jangan takut ye Mong..Nanti Misz Hati tolong ok?deal?yes of course la kitorang deal!(sain agreement pas ni!)


p/s : tak nak warna baju sama dengan orang lain..kalau sama warna pun design kena berbeza ok!xoxo..(*___~)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...