Saturday, February 23, 2013

Gegirl yang sakit

Assalamualaikum...

Hari ni hari Sabtu bersamaan dengan 23/2/2013 dan hari ini juga lah hari penyerahan baucer buku kepada pelajar-pelajar Ums..tapi oleh kerana aku ada dekat rumah(kampung) so aku tak dapat ambik lagi la..may be esok lusa atau tulat aku ambik lah..huhu..

Biasa lah kalau da tak de benda nak buat dekat hostel tu aku balik rumah lah maklumlah rumah aku ni dekat jer kot dengan Ums tu..wakaka..saja nak menunjuk aku ni orang Sabahan rupanya!hihihi..poyo jer kan cakap loghat semenanjung bagai rupanya orang Sabah..wakaka!terbongkar satu rahsia yang tidak lama pun disimpan oleh aku..and now aku telah memecahkan rahsiaku sendiri..well, i'm proud be a sabahan okei...Love Sabah ketat2!(~____*)..

Okei tu semua tak penting..yang penting kita semua Malaysian okei...'Hidup bersatu padu!'!haa...hmm..arr...aku ni belakang jer berteriak kuat-kuat..nanti kena suru bercakap kan depan orang ramai skru lutut pun longgar tetiba..haha

Tujuan aku balik rumah selalu ni pun sebab utama nak online..hmm sudah semestinya kan?okei, sebab kedua ialah mata aku tak boleh kena panas sangat..ia akan menyakitkan dirinya sendiri sekiranya terkena panas sangat..okei...tak de kaitan pun duk dalam hostel jer dengan mata sakit terkena panas..lainlah dalam hostel ada matahari kan..kan..kan..??

Aku serius la wei..buktinya...
Ubat ni kali ke 4 aku ambik..before ni aku kena bagi ubat lain tapi ubat titis juga la..dia cakap sekali sehari titik benda ni tapi kalau mata aku sakit masa sebelum 'time' nak menitik benda ni aku akan bawa tidur dan kalau aku da 'landing' da kat katil memang untuk 3-4 jam lah jawabnya.. Serius aku cakap..antara semua roomate aku lah aku yang paling kuat tidur..mengucap panjang la bakal 'husband' aku ni nanti kalau tau perangai 'wife' dia macam ni..wakaka..nasib lah aku belum berkahwin..means ada masa nak ubah tabiat tidur aku ni lagi...

Haa..tengok da melalut panjang da aku..huhu...okei..aku kena datang 'review' mata ni bulan May(20/5/2013) ni nanti..so,semua bulan May la..Birthday aku, review mata, penghujung sem yang akan senentiasa membuat aku bz sebz2nya..wakaka...anyway, life must go on..kena kuat semangat ni..tarik nafas...hembus...fuhhhh....terhidu pula tomyam ayam..sedap ni kalau makan dengan nasi putih..tsk...tapi aku tak boleh!aku kena pantang makan yang pedas..pas tu tak boleh makan belacan..tak boleh makan makanan berkari sangat...tapi kalau da nama gegirl yang degil pantang la macam mana sekalipun aku akan makan juga!hihihi..tak pe..bukan selalu la makan benda pedas, belacan semua tu kan...nak juga tukar selera kadang-kadang kan...opss...kena tengok kiri kanan dulu sebelum balun makanan pedas-pedas ni..nanti sakit datang haaa kena ceramah free 24 jam...hihi

Apa nak mengarut lagi ni erk?tak de da erk?okei...kita jumpa lagi ya belogku tersayang..cayang ketat2 blog ku!:-* zzzzZZZZ....

p/s : jangan degil kalau nak sihat..:P


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...