Wednesday, February 6, 2013

Kawan baik aku nak pindah..sedih..:(

Assalamualaikum my blog..

Malam ni aku bersedih..tu la padahnya ketawa da macam orang gila tadi siang..da memang kelakar pun Running Man memang la kena ketawa kan???ermm jap!apa kaitan sedih denga ketawa ni pula?tak de kn???

Eh ada la!orang tua-tua selalu cakap jangan banyak ketawa nanti kang menangis!ha betul la tu kan?da aku menangis..sob..sob..sob.. cian aku da sampai bengkak mata menangis sebab kawan baik aku nak pindah..sedihnya..uuwaaaaaaaaa,,,:(

Kawan baik aku di serap ke jawatan tetap da..so, dia keja tetap da mula 1 Mac ni tapi dia kena pindah jauh dari aku..dia jer satu-satunya kawan baik and yang paling rapat dengan aku and sekarang dia nak pindah da..susah la aku nak jumpa dia lagi..aku patut gembira sebab dia da dapat keja tetap tapi aku sedih pulak..aku terasa sangat sebab semua orang yang aku sayang semua nak tinggalkan aku..kenapa??

Agak-agak dia ingat aku lagi ke tak erk kalau da pindah?mesti ramai perempuan kat sana nak goda dia kan?dia kan lelaki..yup!dia lelaki..so what??aku tak boleh berkawan baik dengan lelaki ke?hello??hanya dia yang aku rasa paling tak hipokrit kalau bercakap..kalau dia bercakap ikut sedap mulut sebab dia jujur bercakap why kita kena benci?orang yang jujur cam ni la orang selalu cari tau tak!tapi..kalau dia da jumpa jodoh dia kat sana aku harap sangat dia tak lupakan aku..aku sayangkan dia..dia satu-satunya kawan baik aku..

Malam-malam macam ni aku teringat kenangan kitorang pergi pantai,jalan-jalan kat sana..naik moto lagi so sweet...hihi da macam lovers kan?tapi bukan..kitorang just kawan baik..ntahlah kenapa aku sedih sangat nak berpisah dengan dia..mungkin sebab masa aku susah senang kitorang sama-sama kot sebab tu aku tak boleh pisah dengan dia?Eh, lupa pula..nama kawan baik aku ni M**..tak boleh bagitau nama penuh nanti kena kontroversi lagi...aishh..malu i nanti.,.hihi Okey, dia boy,umur kitorang sebaya, lepasan PKK juga sama dengan aku cumanya dia ni senior aku la..hihi dia ambik kos yang sama dengan aku masa dkat PKK..alaaaa..da banyak sangat ni maklumat..tak yah la bagitau lagi..bukan ada orang kenal..misteri dia ni,.haha

Aku harap dia takkan lupakan aku..da penat aku menangis ni untuk dia tau!cara dia bagitau aku tadi dia berjaya diserapkan ke jawatan tu macam suprise juga la..mula-mula dia cakap nak minta transfer kredit digi rm1 sebab dia nak guna internet katanya..memandangkan kredit digi aku keras(tamat tempoh da!hihi) so aku topupkan la dia rm5 guna Cimb Clicks..and then dia cakap nanti dia bayar..ok aku faham yang ni..lepas tu dia suruh aku online and then buka web LDHN..lepas tu dia suru klik ruang kerjaya..ok yang ni aku da mula fikir dia nak suru aku cek result temuduga penyerapan hari tu..dan apa yang aku fikir betul sebab aku nampak result temuduga tu kat citu..aku dengan bangganya MENGklik result tu..tapi idm keluar suruh aku download pdf..okey aku download..lepas tu aku buka la pdf tu bila da abis download..aku tengok senarai nama yang berjaya and ada nama dia!aku apy sangat-sangat akhirnya dia berjaya diserapkan ke jawatan tetap sebab sebelum ni dia sambilan(kontrak) jer kan..tapi happy aku kejap jer bila aku tengok tempat dia kena posting!!!uuwwaaa...aku menangis!seriously..memang aku menangis sampai bengkak mata aku ni..aku tak tau la kenapa aku menangis pasal hal ni jer..patutnya aku kena gembira bagi pihak dia..mungkin sebab aku takuit hilang dia kot kan??tapi memang betul pun..huhu..sob..sob...sob...

Apa yang patut aku buat sekarang ni?takkan aku nak halang kerjaya dia?dia pun nak berjaya dalam hidup juga..nak ada kerjaya,nak ada rumah,nak ada keja tetap sendiri..

Aku kena juga lepaskan dia pergi kan demi kerjaya dia?ya aku patut!aku patut...sedihnya..:(

p/s : sayangilah kawan baik kita yang bersama kita susah dan senang..:(

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...