Sunday, February 3, 2013

Mong Eya Li

Assalamualaikum my blog's palace...

Well..well..well..ari ni aku nak bocorkan rahsia aku kenapa aku bernama 'Misz Mong Eya Li'(just nama galamor je kot?hihi..

Ok,citer dia cam ni..pada suatu hari(cieehhhhh...kayaknya jadi pencerita dong.hihi)..okey..okey..kita serious la ni...cam ni citer dia... Since aku ni macam blurr orang cakap la dalam erti kata yang hendak difahamkan anda lagi aku ni jenis yang 'lambat nak pick up' apa orang maksudkan..means, kalau orang cerita sesuatu dengan aku aku macam blurr la dia cita sal apa sebenarnya ni??kadang-kadang aku kalau da tak faham apa yang dorang dok borak aku wat bodoh je la..ye la..da aku tak leh nak pick up apa yang dorang citer cam ne aku nak bagi respon kan?haa...kan btul tu..huhu

"Mong" maksudnya blurr la tapi tu dalam Korean word..kalau dalam bahasa remaja kita ni blurr...remaja ke?bukan da tua ke aku ni?umur 24 tak tua lagi kan?haa!elok sangat la ekau ni kawin jang oiii...hok alloh..macam mana nak kawin da calon tak de lagi??ermmm...termenung aku sendirian berhad.....@#$$%%^&&**()!@@@#$$%^???

Okey sambung citer lagi...aku dapat nama 'mong' ni dari variety show Running Man..hihi ala yang unie mong ji hyo tu?kenal?ingat?ha bagus.. kan ke dia pun blank/blurr juga..so kiranya kitorang lebih kurang so aku gunakan lah 'mong' tu tapi bukan ciplak nama dia tau!aku 'Mong Eya Li' and dia 'mong ji hyo'..hehe
Itu lah antara muka-muka blank Mong ji hyo dekat running man..sebenarnya banyak lagi gambar dia ni muka blank..tak larat nak tekan upload tu..nanti kang line pun merajuk kan..hihi

Sambung citer lagi kan..Mong da citer kan..so kita sambung citer 'Eya Li' tu pulak erk..Eya ni memang nama panggilan aku kat umah kat kampung..tapi aku jarang ya amat kuar umah..da macam perkasam je duk umah terus.huh!aku bukan tak nak kuar umah jalan-jalan kat kampung cari kawa tapi malas tau tak..kat kampung aku ni semua buat hal masing-masing tapi bila ada jer tak kena kat mata dorang ha mula la nak umpat itu ini..sebab tu duk kat umah jer kalau cuti semester..lagipun aku tak de kawan kat kampung ni..kampung aku ni da bukan macam kampung da..keta lalu lalang tak henti..nanti kang tengah malam ni ada la rempit dok melalak dengan moto dorang..uda la umah aku ni dekat dengan jalan raya..bukan lagi dekat..besebelah jer kot!.ish..ish..ish..budak-budak zaman sekarang ni..kat kampung pun nak merempit..ermmm...(memikirkan cara nak buat rempit tak lalu depan umah aku???)

Berbalik pada citer kita tadi,nama Eya ni aku dapat daripada hujung nama sebenar aku iaitu 'Zanariah' so kena panggil Eya la..kadang-kadang orang jawab 'iya' then aku menyahut and tanya 'ada apa?'..haha..lucu la..tapi tak pe sebab aku suka nama ni..chill guys...:)

So,nama Li tu pulak macam mana?nama sape tu?eh hello??!Li tu nama my father ok?seringkali orang ingat aku terlupa nak letak 'A' depan nama ayah aku tu..ada berapa sijil aku  dorang letak nama ayah aku 'ALI'..what??!aku punya cantik tulis nama full aku 'Zanariah bt Li' and then dorang pandai-pandai jer ubah nama aku..tapi aku tak marah lah..cuma ni pengalaman aku masa dekat sekolah menengah dulu..dorang tak pecaya nama ayah aku 'Li' jer..tapi kalau tengok betul-betul pun unik kan nama ayah aku?Li jer...mesti orang ingat aku ni ada mix cina erk?tak de ok..aku keturunan Dusun & Bajau..ayah aku Dusun and mak aku Bajau..Unik kan?aku suka..tapi aku tak pandai cakap Dusun la..nak belajar dengan kawan tapi dia pun tak pandai sangat..so,aku harapkan Encik Google jer..haha


Gambar hiasan kat atas ni(yang first) tu gambar aku dengan classmate aku masa kitorang buat sukan mesra kelab Accums(Accounting UMS) dari first year sampai forth year student accounting..tapi ni nak glamor cikit la sebab nak tunjuk gambar sendirian berhad jer!hehe glamorlah sangat(tangan d bahu mata memandang keatas!)..ntah glamor ntah tidak..hang toksah nak berangan lebih la Misz Mong aihh..:P and then kalau bergambar tak leh ke letak tangan kat pinggang?nak tunjuk diri tu kurus ke?perasan je lebih!hihihi


Okey!terima hakikat gambar aku lagi banyak dari kawan-kawan aku..haha nak ikutkan ada lebih kurang 100 lebih gambar tau!masa ni kitorang buat lawatan sambil belajar dekat Taman Pertanian Tenom Sabah(LASBELA). Masa buat lawatan ni memang kami banyak ambik gambar jer dari belajar apa yang sepatutnya..what??!ini ker yang dinamakan LASBELA?oh no!aku pun terlibat sama kaki bergambar..tak leh tengok lense and kamera mula la possing bagai nak rak..adohai..memang tak leh blah la Lasbela kitorang ni..hihihi..


Ni semua gambar budak poyo!perasan jer nak cantik..haha..senyum ntah pape jer kan?ish..ish..ish..dasar poyo!:P

Inilah aku..tak de orang lain lagi yang bernama 'Mong Eya Li' hanya aku..sape-sape yang nak jadi aku baik tak payah!kita kena jadi diri sendiri okey?chill guys...peace..:)


p/s : macam ler bunga kaktus tu wangi..skali kena duri dia mau tak sakit!hihi..okey guys!good night then..zzZZZ...

4 comments :

  1. owh..org bajau n dusun...baru tau..hikhik.. :)

    ReplyDelete
  2. @Anizz Annisa
    hehe yup anis...dusun+bajau...tpi tak pandai cakap dusun...bajau pula pandai cakap yang moden2 ja...maklumlah...selalu speking melayu..hehe

    ReplyDelete
  3. @Mong Eya Libru ingt nk belajar bahase bru..haha...

    ReplyDelete
  4. @Anizz Annisa
    laaa...hehe xpa2..nnti mong try belajar baru ajar sis eh.... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...