Thursday, February 14, 2013

Result semester seorang pelajar

Assalamualaikum blog ku..

Hari ni 14/2 kan?hari apa?hari khamis kan?indahnya hari khamis minggu ni..but why???why the because??Because today's my result day!!u know what?i didn't expect that it will be today because so many date that our student predict for the result..so,when i know today's the day i don't know what kind of reaction should i react for...that's what we call 'blank girl' or 'mong'..u know some kind of blurrr??haha that's me!hihi*amboi..amboi..amboi...english hang da berterabuq pun masih nak speking juga?(tangan d bahu mata ke atas!)* dussshh!!kena sejibik..aduiiii sakitnya...arrggghhh.!okey fine..aku rasa memang tiada kena mengena dengan apa yang aku nak citer ni..

Aku tau la hari ni kan valentine's day tapi aku tak sambut pun okey..semua umat islam pun HARAM sambut valentine's day ni..lebih baik kita berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. setiap masa dan itu yang sepatutnya kita lakukan..(~___*)

So, result aku kalau bagi people yang brilliant agak tak bagus la*kononnya la*..tapi bagi student macam aku ni kira berbaloi la sebab dengan usaha sendiri sepanjang semester tanpa ada berlaku PENIRUAN!some student dapat higher mark for their own effort tapi some student juga dapat higher mark for their own eyes..ala meniru la lebih kurang maksudnya..bagi aku asalkan aku tak meniru aku da cukup bahagia da dapat result yang gempak macam ni...depend dengan individu tu la..kalau dia rasa meniru tu BERKAT so teruskan la usaha anda..hihi

Orang ada pernah cakap "jangan nak bajet jujur sangat la dalam exam"..aku rasa orang macam ni memang brilliant la otak dia sebab dia yakin dengan kata-kata dia tau!aku solute la dengan dia..bukan nak menyindir tapi ni yang orang cakap usaha sendiri..don't get me wrong...awal-awal lagi aku da remind depend dengan individu tu sendiri okey..

Aku belajar demi masa depan aku dan demi impian mak ayah aku..aku ingat lagi kata-kata mak aku 'nak,belajar rajin-rajin..bila sudah berjaya,sudah kerja senang hidup'..see?betul kan?bila da berjaya,da dapat kerja yang bagus automatik kita akan ingat pesan mak ayah kita kan? So, atas sebab itu lah aku berusaha belajar dengan keupayaan aku sendiri untuk mencapai impian aku dan family aku walaupun yuran aku mereka-mereka yang tanggung..hihihi..

Result yang kita dapat sepanjang kita berada dalam pengajian ni adalah atas daya usaha kita sendiri..kejujuran dan keikhlasan kita study tu kiranya membuahkan hasil bila kita tengok result kita..sama ada tinggi atau tak pointer kita tu kita kena terima dan redha dengannya sebab tu la had keupayaan kita study..kita tak boleh nak paksa result tu tinggi kalau keupayaan kita tu just sampai kat citu jer...kalau dapat result rendah, tu sebagai motivasi kepada kita untuk meningkatkan lagi usaha untuk semester depan..jangan mudah mengaku kalah!go!go!go!kita sama-sama mendoakan diri masing-masing untuk berjaya di masa depan..eh semester depan..hihi

Panjang lebar pula aku berceramah yer..hihi..petang-petang macam ni aku suka sangat nak menaip kan?ish..ish..ish...bukan jer tangan yang laju menaip..mulut pun memang pot pet pot pet la kalau bercakap..kadang-kadang kawan-kawan aku cakap volume suara aku ni rosak sebabnya kalau bercakap tak pandai nak berhenti..dalam kelas pun bercakap jer..memang dasar mulut murai la aku ni..oppsss..!salah la..aku seorang yang ceria and peramah..bukan mulut murai la..(~__~)

p/s : belajarlah sampai bila-bila sebab kita hidup ni sambil belajar..jangan pernah berkata ilmu di dada sudah cukup sebab ilmu kita takkan pernah cukup sampai bila-bila..pentingkanlah ilmu fadhu ain dan fardhu kifayah...terima kasih..(~___~)


No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...