Saturday, March 30, 2013

Sesi bergambar ACCUMS year 2

Assalamualaikum...

yeezzzaaaaa..!sesi bergambar ACCUMS year 2 sudah pun berlangsung pada 20/3/2013..

hasilnya...
 this is my friends!on my left is Rozana or Ana..on my right ched...
 me with ana...
this one unknown..??

okei tak banyak kan?sebab masa ni aku tak bawa hp nak ambik gambar..tsk..tsk..
kena la tunggu year book nannti baru banyak gambar..

sekian...tsk........


p/s : di mana ada kamera d situ ada aku......(0___*)

Syarat derma darah

Assalamualaikum...

hai semua!!chilllll....(0____0)

ni ceq nak habaq la kat hangpa semuo nowh...kalu hangpa semuo nok dermo daroh..hangpa kena termasuk dalam syarat-syarat ni tau :

adoii..nak berbelit-belit lidah aku nak cakap..tu la nak sangat jadi orang kedah..wakaka..tak pe..tak pe..kita cakap macam biasa je ok...


kalau korang nak derma darah la kan, make sure korang :
  • umur antara 18-60 tahun
  • berat badan >45 kg
  • haemoglobin minimum 12.5 gm % dan lebih baik up dari ni
  • sihat dan tidur mencukupi (Sekurang-kurangnya >5 jam)\
  • derma darah terakhir adalah 3 bulan lepas
  •  tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dalam masa seminggu lepas sebelum menderma
  • tiada penyakit seperti malaria, asma, tifus atau sebarang penyakit yang boleh membahayakan
  • makan sebelum menderma

okei!tapi korang TIDAK BOLEH menderma kalau :
  • sejuk/demam dalam minggu lepas sebelum menderma
  • mengambil rawatan antibiotik atau ubat lain
  • masalah jantung, hipertensi, epilepsi, diabetis (pada terapi insulin), sejarah kenser, buah pinggang kronik, hipertetis, pendarahan, penyakit kelamin dan lain-lain lagi penyakit.
  • bebas dari pembedahan utama dalam masa 6 bulan terakhir
  • vaksinasi dalam masa 24 jam
  • mengambil minuman beralkohol dalam 24 jam
  • pengsan semasa derma terakhir
  • menerima rawatan dengan produk-produk darah
  • berkongsi jarum untuk menyuntik dadah/ketagihan dadah
  • mempunyai hubungan seks dengan rakan yang berbeza
  • positif antibodi terhadap HIV
  • mempunyai tatoo, semi-kekal make up atau rawatan kosmetik yang melibatkan kulit menusuk dalam 6 bulan terakhir
  • menerima rawatan pergigian 
  • pembersihan atau tampal gigi : sampai hari selepas rawatan
  • ekxtraksi, saluran akar gigi atau pembedahan gigi : 72 jam


lepas tu kalau wanita pula TIDAK BOLEH menderma kalau :
  • hamil
  • keguguran dalam 6 bulan terkahir telah hamil/menyusu dalam 1 tahun terakhir\
  • mengalami menstruasi berat atau kram menstruasi

tapi wanita/perempuan boleh menderma selepas 6 bulan melahirkan anak tapi tidak menyusui anak mereka..

kalau aku semua pass syarat ni..kalau korang macam mana pula?sangkut ker?

korang pergi la derma darah dengan niat nak tolong orang yang memerlukan sebab kita pun sedia maklum kan pihak-pihak hospital sekarang memerlukan bekalan darah yang banyak..

tak salah menolong okei....(0____*)

sekian terimah kasih...wassalam...

p/s : Misz suka menolong..........(~____~)

Beli barang ke sesi bergambar ni??

Assalamualaikum...

Great day!tengah-tengah syok tengok Merlin season 4 ni teringat pula aku pasal shopping kan??haaa..ni la keja kami masa jejalan hari tu..*agak-agak jer bila HARI TU tu*

Biasa la kalau da namanya perempuan akan selalu cepat je kalau dengar perkataan shopping..hihi

okei aku akui aku pun macam tu juga tapi aku tak la seteruk eh bukan tak se'shopaholic' macam yang lain okei..tak semua orang sama..huhu

ketua shooping kami ialah.......


 Haaa!!1semua gambar c kecik ni jer kan?gaya sakan...tak nak la tengok gmbar dia..nak tengok gambar lain!:P
 yang kat atas ni perahsantan sikit la kan??
 okeiii peace....(~____~)
 ada juga aku kat sini..wakakaka...ni first aku pakai macam ni tau..sebelum ni aku suka pakai t-shirt and jeans jer...old fashion sangat kan aku ni?yes exactly!aku memang old fashion..wakaka...kenapa?ada masalah ker?tak de kan?ok fine...:P

kalau tengok gambar macam tak pergi beli barang..tapi lebih kepada sesi photograpy!fuhh...memang kalau perempuan...nampak kamera haaa mula la dengan posingnya...tsk..tsk..macam aku..huhu

okei....ni sebenarnya cita 16/3/2013!wakakakaa!!

sekian terima kasih encik blogger!(~___*)

p/s : kata tak pandai posing tapi................ermmm.....:P





Penderma yang terbaikkkk

Assalamualaikum

syukur alhamdulillah aku masih lagi diberikan kesempatan untuk  bernafas ni muka bumi ini Ya Allah..

Pada 26/03/2013 bersamaan hari selasa hari tu nak di jadikan cerita aku ni merengek la dengan roomates aku nak minta teman pergi derma darah dekat Library la kan..dari awal pagi aku merengek ni nasib dorang setuju..hihihi merengek da macam budak kecik kan sapa tak cair..kononya la..wakaka...

tapi..yang menariknya kami menderma macam nak pergi makan-makan je la..ada ke patut masa derma darah tu boleh lagi berketawa tepuk tampar dengan roomates...kalau orang lain da pucat da muka dorang tapi kami?alahai...orang macam tak pecaya kami pergi derma darah tau..wakaka...

ni la keja kami masa menderma darah.....





Budak 'peace' kat atas ni penakut!!!
Menangis budak ni!!!haha eh gurau ja..tak menangis tapi menjerit je keja dia..nurse tu cakap 'ko yang first menjerit-jerit ni dik'..wakakaka and then last sekali aku jadi lebih kurang 'bidan' dia sekejap sebab tgn kanan dia tak leh kuarkan darah sebab tak jumpa urat!haaa...da kenapa tak jumpa urat kat tangan tu????curious ni nak tau...jangan-jangan..................wakakakakaka...
bidan terjun!!wawakakaka..oleh sebab jarum tu inject bius sakit siiikkiiiitttttt tapi roomates aku ni suru aku pegang tangan dia..da aku cakap macam ko nak beranak la pula..wakakaka...tak lama lepas ni aku pula baring kat sebelah budak ni..darah aku ok jer cepat jer mengalir...wakaka

Best la derma darah ni.selain dapat tolong orang,kita dapat juga 'salin' darah baru...cumanya makin buat kita kuat makan la pula kan?aku da kali kedua menderma and first derma hari tu aku ok jer tapi selera aku melonjak-lonjak sampai aku naik 5 kg!!ok aku tension!arrggghhh..tapi tak pe la..kali kedua ni kena jaga makan lepas ni takut nanti naik lagi 5 kg abis ai jadi chubby..hihihi

okeiii..korang pergi la derma darah ok..ikut macam aku...(~____*)


p/s : lepas jer derma ni terus pergi kelas tau and u know what??i lambat sampai g kelas tau...!great!hihi

Sunday, March 17, 2013

Shopping time

Assalamualaikum my belog..

Titew winduw ler kat awak..awak tak winduw kiter ker??hihi hampeh!kalau cakap depan kawan-kawan aku macam ni memang kena la aku sejibih macam ni..wakaka!

Da tengah malam da ni kenapa aku masih belum tido lagi??kenapa??sebabnya aku baru jer ciap mengemas..cehhh...tu pun nak report ker?gedik jer kan?ek eleh..wakaka...bueeekkkk!gedik!gedik!gedik!kuikuikui...

Hari ni hari yang paling memenatkan aku..sebelum ni jarang macam ni tapi hari ni dalam sejarah la berlaku lagi...dari jam4 petang sampai jam8 malam berjalan tanpa henti..waaa...nak cipta rekod ker apa ni??kerek jer...ehem...okeii sambung balik...

Aku kononnya bersama roomates aku jalan-jalan kat 1B..maklumlah roomates aku da masyukkkk..aku jer belum lagi..tsk..melemahkan otot sendi kaki tangan and semua la yang berkaitan dengan badan..huhuhu

Penat siot ikut kaki shopping ni berjalan..sampai nak patah pinggang aku ni mengikut..tapi aku da la orang yang susah sangat nak menegur..betul la kan?da memang kawan kita kuat berjalan and kuat ber'shopping' takkan nak tegur..bukan hak i okeii cumanya tak adil bagi diri aku sendiri la sebab aku ni seorang yang penakut nak keluarkan pendapat sendiri..uuwaaaaa!!!aku penat!

Tapi yang bestnya before shopping sempat lagi ambik gambar..da macam photoshoot da tadi..buat malu jer orang tengok lalu lalang tau..nasib tak de signboard 'dilarang mengambil gambar' kalau tak da memang sembunyikan jer kamera dalam beg..wakaka!

Gambar i ingat nak bagi belog i ni besok la..eh bukan!nanti pagi nanti sebab i tak larat nak upload lagi sebab line pun 'ciput' jer kan..huhu

Okeii...sekian untuk cerita i untuk hari ini..nanti i update entry ni okeii...(macam ler ada orang nak baca belog Momong ni..wakaka!)


p/s : Momong merujuk kepada 'Mong' iaitu pemilik belog ini...sekian...(~___~)

Wednesday, March 13, 2013

Perkenalkan Roomates I

Assalamualaikum.....

Haaaa!tak jawab dosa tau..hihihi hai semua bertemu lagi kita pada pagi ini dengan tajuk cerita yang lain...cop!cop!bukan pagi..da tengah hari da makcik oi..hukhuk...tsk..

Ni teringin juga aku nak citer tentang roomates aku ni...kitorang kalau da berkumpul malam-malam memang ceria sesangat bilik kami ni..sampaikan bilik lain kalau boleh nak tutup tingkap, tutup pintu and tutup telinga diorang la sebab tak tahan dengar suara kami yang ala-ala mercun..ala yang bunyi mercun kalau Chinese New Year tu and kalau New year menjelang...kebaboommmmmmm!!!wakaka...

Nasib baik la felo tak tinggal sebelah bilik kitorang kalau tak memang setiap malam la kami kena lecture sebab terlalu 'happy go lucky' sesangat..wakaka..bagi mereka yang pendiam tinggal dengan kami mesti akan jadi mulut becok juga nanti..i jamin lorh..wakaka

Okeiii meh aku kenalkan roomates aku eh...
Ni namanya ct..umur muda lagi dari aku..ehemm...ambik kos Seni kat U ni..asal dari Tawau..dia ni seorang yang peramah dan banyak cakap..sememangnya kami semua memang banyak cakap..wakaka...
Ni pula namanya Marina..kami panggil mar jer..cantik kan?hihi asal dari Sarawak tau..aku nak belajar cakap Sarawak tapi dia cakap dia pun tak fasih..okeii..hukhuk...Mar ni kurang cakap sikit dari ct tapi kalau da kena timing dia memang riuh juga la kami bercerita..tsk..
Ermmm...ni tak yah kot nak kenalkan..menyemak jer..syuhh..syuh...

Uwaaaaaa!!!aku kena halau oleh tuan punya belog ni..sob..sob....

Sebenarnya ada sorang lagi roomates aku ni..nama dia zura..tapi gambar dia xda dalam laptop aku so coming soon la okei aku update gambar dia kat cni..hihi antara semua kami ni zura ni yang paling kecik walaupun dia ni kira adik aku tapi kami macam kawan jer..tak de nak ber'akak' sangat..maklumlah ada yang tak nak di anggap tua bila kena panggil akak..hihihi

Coming soon kami plan nak ronda-ronda tapi tunggu k-cing masuk dulu la..faham-faham jer la kalau da nama student kan..malu la i nak cakap lagi..hihi

Untuk cerita selanjutnya...tunngggguuuuu...!

Timer kaceh tau sebab baca story titew..nanti titew update citer lagi erk..cayang awak..(~___~)


p/s : kita di ajar cara mengeja dengan betul dari sekolah tadika lagi tau..(walaupun dengan muka tak tau malunya penulis belog Misz Mong ni pun eja perkataan banyak tak betul!)

Sunday, March 10, 2013

New Storage File

Assalamualaikum my belog...

Apa yang kita ada hari ni??new storage file?apa tu?ni la ni nak citer kan..hihi

Aku baru beli benda ni minggu lepas...aku sebenarnya lebih suka brand Samsung tapi masa ni ada brand ni jer..tak pe la yang penting dapat simpan file walaupun hakikatnya 'file' yang penting sangat tu hanyalah 'M.O.V.I.E'..haaaaa!!!


Kalau tengok taklah mahal sangat macam external aku dulu..ni kira murah tau walaupun kawan aku yang belanja aku hari tu tapi aku kena la belanja dia balik..hihi faham tak?bingung?tak per..perlahan-lahan fikir okeii? :P

Aku bukan la sepenuhnya pasal nak simpan Movie pun..cumanya laptop aku ni tak dapat nak tampung banyak sangat file sebab tu da asyik batuk-batuk jer laptop aku ni..tsk..kesian dia..sakit tau asyik kerja simpan file untuk tuan dia..tsk..tsk..tsk..

Tapi kalau di lihat kesimpulannya memang lebih kepada simpan file yang tak penting ye daq?bak kata Nabil Rajalawak tu "lu fikirlah sendiri"..wakaka..haa!yang kes aku ni fikir la sendiri yer siapa-siapa yang sama perangai dengan aku..kuikuikui....

Sebenarnya tak penting pun benda ni kan??hmmm...no komen..hihihi

Sekian laporan harian untuk hari ini..kita ketemu lagi seketika nanti!(~___*)

p/s : My passport da ada tapi tak leh nak pergi luar negara sebab tak der actual passport..ha??hmm...!@#$$%%^*&*(*)*&^*&*^%???


Membelanjakan BB1M

Assalamualaikum...

Hai semua???!hihi...kekanak Ribena kembali menyerikan lagi belognya setelah berapa hari tak muncul..ni la ni kalau da masuk semester baru memang rajin sesangat nak buat macam. Nak tengok Korea la, nak tengok Muka Buku la..ntah bila masa la mau tengok BUKU?!wakakaka...kepada semua. JANGAN TIRU MACAM SAYA!wakakaka....

Okei ni nak citer kat hangpa semua..cehh...berlagak lagi minah ni kan?dushh!!!ha?baru tau..opppsss...overreact ke?sorryy..kuikui... Okei ni aku nak citer la...kan aku baru dapat BB1M ni kan pada beberapa hari yang lalu atau lebih tepatnya minggu lepas la..jadi keinginan untuk membelanjakan BB1M ni sangat la tinggi...dan pada 1 Mac 2013 yang lalu aku pergi la ke Koperasi kan untuk 'shopping' buku..(~___~)


BB1M ada 5 keping so maksudnya ada RM250 semuanya memandangkan satu baucer bernilai RM50..tapi kena ingat, ini semua tak CUKUP!!eh, jangan melenting dulu dong...bukan tak bersyukur..cumanya buku kitorang mahal..so kena tambah duit dari FA-MA la..hihihi tak pe..kalau tak de BB1M ni lagi teruk la kitorang kena bayar buku tau..so,dengan adanya baucer ni dapat juga kurangkan beban student sikit kan?

Hasil 'shopping' kat Koperasi tu aku ada la dapat beberapa buah buku..ni pun kena tambah duit cikit sebab terlebih harga..kuikui...sob...
Haaaa....!ni la hasilnya!hihi..4 buah jer yang dapat aku beli..ada lagi 1 buku..ada 2 buah buku lagi belum sampai order sebab kitorang order buku tu dari supplier luar so kena tunggu lama sikit la..buku tu buku 'LAW' and then buku 'Seminar Management Accounting'..kena tunggu la bila sampai sebab kalau deal dengan supplier luar memang lambat sampai tapi kena buat juga sebab buku ni susah nak dapat dekat Koperasi..huhu

Okeiii...walaupun aku sanggup beli buku ni semua tapi aku tak sanggup nak jual balik kalau da abis semester 4 ni..aku tak nak jual..biar la orang nak kata apa..kalau kawan atau junior aku nak pinjam aku tak kisah asalkan dia bagi balik sebab semua buku ni akan ada gunanya nanti di kemudian hari tau..jangan sombong tau cakap tak de guna..lainlah kalau korang da memang 'excellant' sangat-sangat la kan..tapi apa-apa pun semua terpulang dengan diri masing-masing je okeii..

Sekian cerita saya untuk kali ini..kita bertemu lagi di lain hari pada waktu yang sama..Wassalam...(~___*)


p/s : Semua buku berketebalan lebih kurang up to 800 muka surat!

Wednesday, March 6, 2013

Krisis yang membawa ketiadaan mood

Assalamualaikum my blog..

Lama sangat tak update kan blog aku ni?kadang-kadang macam chipmore lagi..hihi kemaafan diminta sempena hari baik bulan baik ini daripada belogku ini..cehhh..jiwang la pula..wakaka..seriously!aku rindu banget deh sama belog ku..biasalah kan hidup sebagai student ni memang la ada kawan dari negara jiran kan..antaranya aku lah..pasal tu lah percakapan aku terlari cikit kadang-kadang..hihi

So, krisis?krisis apa aku nak cita ni??pasal boypren?pasal kahwin?oh no!jauh sangat menyimpang pula ni..kuikui.. ni aku nak mengadu la dengan kau Encik belog..pada 4/3/2013 hari tu kan aku dengan nada kebaikannya dan mudah percaya dengan kawan aku kan aku bagi dia guna id Muka Buku aku untuk post something dkat group U** tu..and then bila aku tengok ramai yang tak suka..aku pun jadi tak tau la nak cakap apa..bila aku bagitau kawan aku tu ada ka patut dia cakap macam ni "tu la kau kak bagi lagi dia post macam tu..kau juga yang setuju kak dengan cadangan dia tu"..masalahnya diorang pula yang memujuk aku kan..aku ni da la lembut hati and baik nak tolong la kononnya..sekali bila aku mengadu semua diam..aku nak bagitau post apa yang membuatkan aku jadi moody ni pun tak boleh la rasanya sebab terlalu peribadi..nanti kang belog aku kena aim lagi..sekarang ni aku malas da nak tengok Muka Buku aku tu..kawan aku tu pun aku layan tak layan jer..malas la nak jadi hipokrit kan uolllzzz...kalau dia tolong settle tak pe la juga..ni sikit pun tak de tau..ya Allah redha je la...

Nak dijadikan satu cerita, lepas je post "aku" tu keluar kat Muka Buku, adalah hamba Allah ni like post tu lepas tu dia post dekat Muka Buku wall dia sindir aku la pula..bukan setakat Muka Buku, dekat Twitter pun dia tweet..amboi..amboi..amboi...memang talam dua muka la hamba Allah ni sebab depan aku punya la senyum meleret tapi belakang aku suka cakap macam tu..eh,hello!??tanya i dulu ok kalau nak kepastian atau kesahihan post Muka Buku aku tu..jangan sembarangan tau bercakap..kuikui..bagi kawan-kawan aku yang memang sahabat aku mereka akan tahu macamana cara aku post sesuatu dekat wall aku amat berbeza sekali dengan post "aku" yang di post oleh "kawan" aku tu.....(~___________~)

Lepas ni aku berazam tidak akan sesekali lembut hati and baik nak tolong orang yang berkaitan dengan Muka Buku ni..aku belajar dari pengalaman yang BARU ni la..pengajaran kepada semua orang agar jangan sesekali meminjamkan akaun Muka Buku anda kepada sesiapa even dia tu paling rapat dengan kita ataupun relative kita...

Oleh sebab perkara ni la mood aku tak stabil..bila aku pergi kelas orang pandang lain macam..macam la aku ni baru admit jenayah yang boleh di hukum gantung ye daq??*dush!!emosi tekanan muncul kembali*

Benda-benda macam ni akan membuat jiwa kita kacau dan tak tenteram nak study..So,apa yang aku boleh buat sekarang ni hanya move on and then try lupakan semua ni..bila aku dalam susah aku boleh nampak mana satu kawan yang memang sahabat and mana satu kawan yang makan kawan..

Haaaa....korang kena hati-hati tau..ingat pengalaman aku ni..nanti kang da terkena and lepas tu post dekat Muka Buku makai-maki orang lain..tak baik tau..hihihi

p/s : rambut sama hitam tapi hati lain-lain..ada hati batu,hati nyamuk,hati air, hati api dan sebagainya..hihihi :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...