Wednesday, March 6, 2013

Krisis yang membawa ketiadaan mood

Assalamualaikum my blog..

Lama sangat tak update kan blog aku ni?kadang-kadang macam chipmore lagi..hihi kemaafan diminta sempena hari baik bulan baik ini daripada belogku ini..cehhh..jiwang la pula..wakaka..seriously!aku rindu banget deh sama belog ku..biasalah kan hidup sebagai student ni memang la ada kawan dari negara jiran kan..antaranya aku lah..pasal tu lah percakapan aku terlari cikit kadang-kadang..hihi

So, krisis?krisis apa aku nak cita ni??pasal boypren?pasal kahwin?oh no!jauh sangat menyimpang pula ni..kuikui.. ni aku nak mengadu la dengan kau Encik belog..pada 4/3/2013 hari tu kan aku dengan nada kebaikannya dan mudah percaya dengan kawan aku kan aku bagi dia guna id Muka Buku aku untuk post something dkat group U** tu..and then bila aku tengok ramai yang tak suka..aku pun jadi tak tau la nak cakap apa..bila aku bagitau kawan aku tu ada ka patut dia cakap macam ni "tu la kau kak bagi lagi dia post macam tu..kau juga yang setuju kak dengan cadangan dia tu"..masalahnya diorang pula yang memujuk aku kan..aku ni da la lembut hati and baik nak tolong la kononnya..sekali bila aku mengadu semua diam..aku nak bagitau post apa yang membuatkan aku jadi moody ni pun tak boleh la rasanya sebab terlalu peribadi..nanti kang belog aku kena aim lagi..sekarang ni aku malas da nak tengok Muka Buku aku tu..kawan aku tu pun aku layan tak layan jer..malas la nak jadi hipokrit kan uolllzzz...kalau dia tolong settle tak pe la juga..ni sikit pun tak de tau..ya Allah redha je la...

Nak dijadikan satu cerita, lepas je post "aku" tu keluar kat Muka Buku, adalah hamba Allah ni like post tu lepas tu dia post dekat Muka Buku wall dia sindir aku la pula..bukan setakat Muka Buku, dekat Twitter pun dia tweet..amboi..amboi..amboi...memang talam dua muka la hamba Allah ni sebab depan aku punya la senyum meleret tapi belakang aku suka cakap macam tu..eh,hello!??tanya i dulu ok kalau nak kepastian atau kesahihan post Muka Buku aku tu..jangan sembarangan tau bercakap..kuikui..bagi kawan-kawan aku yang memang sahabat aku mereka akan tahu macamana cara aku post sesuatu dekat wall aku amat berbeza sekali dengan post "aku" yang di post oleh "kawan" aku tu.....(~___________~)

Lepas ni aku berazam tidak akan sesekali lembut hati and baik nak tolong orang yang berkaitan dengan Muka Buku ni..aku belajar dari pengalaman yang BARU ni la..pengajaran kepada semua orang agar jangan sesekali meminjamkan akaun Muka Buku anda kepada sesiapa even dia tu paling rapat dengan kita ataupun relative kita...

Oleh sebab perkara ni la mood aku tak stabil..bila aku pergi kelas orang pandang lain macam..macam la aku ni baru admit jenayah yang boleh di hukum gantung ye daq??*dush!!emosi tekanan muncul kembali*

Benda-benda macam ni akan membuat jiwa kita kacau dan tak tenteram nak study..So,apa yang aku boleh buat sekarang ni hanya move on and then try lupakan semua ni..bila aku dalam susah aku boleh nampak mana satu kawan yang memang sahabat and mana satu kawan yang makan kawan..

Haaaa....korang kena hati-hati tau..ingat pengalaman aku ni..nanti kang da terkena and lepas tu post dekat Muka Buku makai-maki orang lain..tak baik tau..hihihi

p/s : rambut sama hitam tapi hati lain-lain..ada hati batu,hati nyamuk,hati air, hati api dan sebagainya..hihihi :P

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...