Saturday, March 30, 2013

Syarat derma darah

Assalamualaikum...

hai semua!!chilllll....(0____0)

ni ceq nak habaq la kat hangpa semuo nowh...kalu hangpa semuo nok dermo daroh..hangpa kena termasuk dalam syarat-syarat ni tau :

adoii..nak berbelit-belit lidah aku nak cakap..tu la nak sangat jadi orang kedah..wakaka..tak pe..tak pe..kita cakap macam biasa je ok...


kalau korang nak derma darah la kan, make sure korang :
  • umur antara 18-60 tahun
  • berat badan >45 kg
  • haemoglobin minimum 12.5 gm % dan lebih baik up dari ni
  • sihat dan tidur mencukupi (Sekurang-kurangnya >5 jam)\
  • derma darah terakhir adalah 3 bulan lepas
  •  tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dalam masa seminggu lepas sebelum menderma
  • tiada penyakit seperti malaria, asma, tifus atau sebarang penyakit yang boleh membahayakan
  • makan sebelum menderma

okei!tapi korang TIDAK BOLEH menderma kalau :
  • sejuk/demam dalam minggu lepas sebelum menderma
  • mengambil rawatan antibiotik atau ubat lain
  • masalah jantung, hipertensi, epilepsi, diabetis (pada terapi insulin), sejarah kenser, buah pinggang kronik, hipertetis, pendarahan, penyakit kelamin dan lain-lain lagi penyakit.
  • bebas dari pembedahan utama dalam masa 6 bulan terakhir
  • vaksinasi dalam masa 24 jam
  • mengambil minuman beralkohol dalam 24 jam
  • pengsan semasa derma terakhir
  • menerima rawatan dengan produk-produk darah
  • berkongsi jarum untuk menyuntik dadah/ketagihan dadah
  • mempunyai hubungan seks dengan rakan yang berbeza
  • positif antibodi terhadap HIV
  • mempunyai tatoo, semi-kekal make up atau rawatan kosmetik yang melibatkan kulit menusuk dalam 6 bulan terakhir
  • menerima rawatan pergigian 
  • pembersihan atau tampal gigi : sampai hari selepas rawatan
  • ekxtraksi, saluran akar gigi atau pembedahan gigi : 72 jam


lepas tu kalau wanita pula TIDAK BOLEH menderma kalau :
  • hamil
  • keguguran dalam 6 bulan terkahir telah hamil/menyusu dalam 1 tahun terakhir\
  • mengalami menstruasi berat atau kram menstruasi

tapi wanita/perempuan boleh menderma selepas 6 bulan melahirkan anak tapi tidak menyusui anak mereka..

kalau aku semua pass syarat ni..kalau korang macam mana pula?sangkut ker?

korang pergi la derma darah dengan niat nak tolong orang yang memerlukan sebab kita pun sedia maklum kan pihak-pihak hospital sekarang memerlukan bekalan darah yang banyak..

tak salah menolong okei....(0____*)

sekian terimah kasih...wassalam...

p/s : Misz suka menolong..........(~____~)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...