Monday, October 14, 2013

Family Day ACCUMS 2013/2014

assalamualaikum

haluuuu....i'm here...!kikiki...

semalam bersamaan dengan 13/10/2013 telah berlangsungnya program FAMILY DAY ACCUMS 2013/2014 bertempat di Hutan Lipur Kawang, Papar dari jam8-jam5 petang..

antara yang hadir adalah peserta-peserta ataupun pelajar-pelajar perakaunan dari first year hingga fourth year..dan vvip adalah Prof. Madya Dr. Hjh Arsiah Hj. Bahron Dekan SPE (selaku perasmi), Puan Noraizan Ripain (Lec Perakaunan), Sir Kevin & Sir Andy Lee (lec perakaunan) sebagai tetamu jemputan pada sebelah petangnya...

antara aktiviti yang dijalankan adalah Jungle Trekking dan sukaneka (ada 4 jenis sukaneka tak cilap aku)..and then yang lain-lain adalah aktiviti sendiri..hihihi

okey aktiviti ni kena bahagi-bahagi kumpulan rumah..ada 4 rumah iaitu merah, biru, kuning, hijau..aku diletakkan dalam rumah hijau yang mana semuanya aku tak kenal sebab paling ramai first year...third year and fourth year sikitttttt ja...ok tak pa..nama pun family day..kena la beramah mesra dengan adik-adik kan..hihihi...and then seperti yang anda lihat gambar di bawah ada kain warna purple kan??haaaa...tu khas untuk ajk ja...so,i'm ajk la...hehe
rumah hijauuuuuuu!!!

tag nama ajk..ngeee...aku setiausaha okey...yang setia tapi tak tau la usahanya mcm mana...hhukhuk...

tema kami memang tepat la dengan keadaaan cuaca yang tidak menentu iaitu "RAIN OR SHINE, WE'RE TOGETHER AS ONE FAMILY"...da namanya perakaunan kena la semua termasuk dalam family kan..semua program pun harapkan benda yang sama kan...credit to our program director Faigdal Kagawahan for this beautiful theme!walaupun sebelum program ni berlangsung memang tension ja ahli jawatankuasa sampai ada yang rasa mau give up sebab memang banyak masalah yang terpaksa kami tanggung...selesainya program ni semua rasa lega dapat bersama-sama dengan semua ahli perakaunan...thanks to all familyyyyy!!!

so,bagi aku paling challenging la aktiviti jungle trekking sebab jalan licin, and bukit curam sangat-sangat, banyak pacat and then sangat jauh..jarak dalam 2.9km tak cilap aku tapi pakcik guide tu macam singkatkan jalan sebab patutnya kami akan jumpa 3 checkpoint..tapi yang kami jumpa semalam ada 1 check point ja..sedihnya..tapi mungkin pakcik tu geram sebab kena tanya ja lama lagi ka,jauh lagi ka and what so ever...bagi aku memang mencabar ketahanan fizikal aku la..latihan juga la kot sebab nanti batch kami pun mau naik gunung jga kan..so kena biasakan diri la..hihihi

gambar aku tiada dkat hp aku ataupun kamera aku sebab aku tunggu orang ambik gambar aku ja...hihi pandai kan...:P

nanti kalau semangat membara aku untuk upload datang aku upload la gambar masa family day ni...:P

thank semua...ini saja yang dapat aku cerita hari ni..mau keluar celebrate befday bestie dlu...

sekian...terima kasih...(~___~)

Sunday, October 13, 2013

Bila syaitan menguasai akal fikiran

assalamualaikum

yohaaa...halluuu....i'm back for some reason...

reason pertama : hati tengah panas kerana akal fikiran tidak mampu di kawal
reason kedua : sukarnya memohon kemaafan

okeyy....yang pertama tu memang hati tengah nak panas tapi tak lah panas betul..masih lagi suam-suam kuku la orang cakap kan... puncanya apabila ada kawan aku ni tak boleh nak buat keputusan atas kehendak dia sendiri...okey cita dia macam ni...dengggggg...."hari ni (13/10/2013) ada 2 aktiviti atau program yang akan berlangsung..program Family Day Accums 2013 and then program retreat ke Air terjun Kionsom bersama Kelab Mahasiswa Prihatin (KMP)..dua-dua ni clash sebab hari yang sama...ada kawan aku ni tak tau nak pergi mana satu..and then kami suru la dia fikir dalam-dalam..lepas tu tadi(12/10/2013) kami tanya la dia lebih kurang jam7 malam macam tu la...dia jadi ka tak pergi Retreat sebab pilihan utama dia program Retreat ni...jawapan dia agak tidak memuaskan bila dia cakap nak pergi Family Day sebenarnya tapi dia kesian dengan ada sorang lagi kawan kami tu yang terpaksa masak sendiri untuk makanan retreat nanti...so,aku cakap la buatlah keputusan..and then dia cakap nanti malam la dia bagi tau keputusan sedangkan kami call dia da malam..and then kawan kami yang in charge bahagian manan ni da tak tahan sebab da berapa hari kami suru dia decide nak pergi program yang mana kan...in the end, aku sms la kawan aku tu and cakap kalau dua hati nak pergi better tak yah pergi dua-dua program sebab nanti hati tak senang kan...masa aku hantar sms tu memang hati tengah membara la...and kawan aku tu balas la okey dua-dua dia tak pergi...bila -aku fikir-fikir balik macam da terlebih da pula aku ni kan...ya la..bila syaitan tengah menghasut suru marah kawan-kawan and sentiasa bergaduh antara satu sama lain.,.sekarang hati aku da sikit lega..tapi aku ada masalah lain pula da.....tsk..tsk...

yang kedua...sukar sangat aku nak minta maaf dengan kawan aku tu sebab aku sedar aku da bersalah sebab tak kawal marah and sesenang kicap ABC aku ja mau p marah-marah and buat dia terasa...ni semua hasutan syaitan juga la ni sebab syaitan tak suka orang-orang Islam ni berbaik-baik..mesti nak hasut ja supaya bermasam muka..YA ALLAH..ampunkan la dosa-dosaku ni.,..buka kan la pintu hati ku untuk memohon kemaafan dari kawan ku dan semua manusia yang aku pernah berbuat salah...jangan la engkau biarkan aku terus hanyut dalam hasutan syaitan ni ya Allah....

kemaafan adalah anugerah yang paling terindah dan dengan kemaafan juga la hati kita akan sentiasa tenang...

ya Allah...kuatkan la hati ku ya Allah...jangan biarkan aku lemah denga  segala ujiannya Mu Ya Allah.....

p/s : in shaa allah...esok akan terlerai segalanya....doakan la yang terbaik...aminnn....

Wednesday, October 9, 2013

Kerinduan padamu MAMA

assalamualaikum

yohaa....hari ni aku rasa sangat-sangat down..bila mana aku mengalami simptom kerinduan yang agak melampau pada MAMA...yeahhh why??sebab aku memang rindu la..ada sebab ka mau rindu dengan parents kita??

selalu malam-malam begini kalau dekat rumah MAMA mesti masuk bilik kalau lampu masih terbuka and then tanya anak dia ni kenapa belum tido...aku cakap la belajar kejap..rindu sangat-sangat...rasa macam nak menangis...bukan lagi rasa..masa menaip ni pun da bertakung air kat mata ni tinggal mau melimpah ja lagi...tsk..tsk...cengeng!

mesti orang cakap "kalau rindu balik la jumpa parents at kampung tak yah nak mengadu sangat kat sini" kan?baik mengaku cepat!huh...

bagi orang yang masih ada parents memang akan cakap macam tu..tapi bagi yang tiada??apa yang akan kamu jawab dengan dia??let's say yang cakap tu kawan baik kamu...bukan semua orang boleh faham perasaan kita...

sebab tu selalu aku cakap dengan kawan-kawan hargai parents selagi masih ada waktu, masih ada kesempatan..jangan sia-siakan peluang tu...nanti kalau peluang tu da hilang menangis airmata darah pun tak guna sudah...believe me!

rindu aku pada MAMA tidak sama dengan rindu aku pada Mr. I aku..aku minta maaf tapi aku lebih merindui MAMA..but, still Mr.I..u know it right eventho u don't...

kalau la aku diberi peluang untuk menjaga MAMA aku akan lupakan segalanya and aku rela berada di sisinya..but what to say la kan...peluang itu telah lama hilang..dan sekarang aku sangat-sangat rindu...aku hanya mampu mengirimkan doa pada mereka..

so...aku sangat-sangat ingin berpesan kepada kamu semua...tolong la tolong...hargai ur parents..sayang la mereka macam mana mereka sayang kamu...tak rugi pun buat macam tu..lagi dapat banyak pahala tau...

hari ni status aku sedih.........................

p/s : andai dapat ku undurkan putaran dunia...ingin ku ubah semula...

Sunday, October 6, 2013

Aku adalah.............

assalamualaikum

hello2....pa habaq semua??ni cheq nak habaq mai...aaaaa???da stuck sebab tak tau  apa mau cakap sudah..hihihi

okeyyyy...ni aku mau cerita la kononnya la...ala macam "cerita kedai runcit" juga la sebab cerita ni macam sembang-sembang biasa ja la...bukan yang ter'important' sangat pun...hukhuk...

ni aku mau dedahkan la sedikit pasal panas baran atau kuat marah(sama ka ni???)...kita mesti pernah marah-marah kan??cuma persoalannya selalu ka tak...and then sikit-sikit marah ka tak...macam contohnya kawan kita bergurau tapi kita da sensentif tahap 'gaban' sampai marah-marah...ni kira sensentif ka apa ka??aissshhhh...aku pun jadi pening dengan apa yang aku taip ni..wakakaka....

mai sini cheq nak bercerita sikit nowh....dulu aku ni dua-dua ada..panas baran ada..kuat marah ada..sensentif ada...pokoknya, semua ada la...ha tengok da keluar bahasa indonesia aku..huk..huk...haaa...cakap pasal indonesia ni aku ada sorang kawan asal dari sana...tapi pasai ni nanti cheq cite nowh...hihi

dulu-dulu aku macam ni...

tapi abaikan yang rambut mengerbang tu sebab aku marah tak lah sampai macam ni sekali....tsk.... 

asal ada benda ja yang aku tak suka aku akan cepat marah and then aku akan kurung diri dalam bilik sampai marah aku hilang or reda la...selagi tak hilang aku takkan makan, minum and keluar ke mana-mana..kiranya mau mogok la konon tapi tengok-tengok macam mau seksa perut ja kan...ya la..aku mogo tapi perut aku menangis lapar kan...

antara semua family aku termasuk lah abang-abang and kakak kandung aku semua mengakui yang aku ni sensetif betul..sikit-sikit mau marah..sikit-sikit mau merajuk...haaa....memang aku macam ni kan...tapi aku marah takkan jadi hulk la..sebab hulk ni kira tuk lelaki ja...tapiiiii ya ka tuk lelaki ja??

ni hulk yang sopan sebab dia ambik gambar pakai baju lagi...:P

jujurnya aku dari kecik lagi macam ni..so, sapa boleh terima, aku syukur sangat la sebab diorang faham aku..sapa tak boleh terima aku tak boleh mau paksa..lagipun bukan 24 jam aku macam ni...sekarang aku da boleh kawal da...kalau aku rasa macam mau marah aku tarik nafas dalam-dalam and then tahan kejap and lepas..buat ulang kali sampai rasa okey sikit...takkan nak jadi pemarah/perajuk da tua-tua ni kan...nanti mengalahkan budak kecik ja...orang sabah cakap "kin malu eh marah-marah macam budak-budak"..hukhuk...

kadang-kadang kita kena ubah diri kita jadi lebih baik supaya orang tak rimas dengan perangai and sikap kita ni..bukan lagi kadang-kadang..kita harus tau...dari hari ke hari kita kena ubah diri ke lebih baik...contohnya jangan hipokrit, jangan cepat melatah(terasa) and sebagainya la...aku akui juga kadang-kadang aku ni tak matang....tapi aku try luahkan dalam belog ni ja..lepas tu okey sudah...its just luahan but aku minta maaf juga kalau orang terasa kan...aku bukan juga sempurna..tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni...kalau dia boleh terima okey...kalau dia tak boleh terima what to do la kan...

sekarang aku tengah berusaha merubah diri...maaf andai tersalah tutur kata dekat sini...ya la..kita tak boleh berubah dengan mendadak sebab nanti perubahan tu hanya masa singkat ja lepas tu kita balik lagi ke sikap yang asal..the fact is, aku selalu dengar ceramah dari mr.J...ceramah untuk kebaikan tak salah kita ingat..

doakan yang baik-baik semua....tq sebab baca belog "perajuk" ni...hihihi

sekian....

Saturday, October 5, 2013

Cerita kedai runcit

assalamualaikum

yoohaaaa....i'm back!with upating my "cerita kedai runcit"...hari ni genap seminggu aku dekat space apartment ni..so far ok tapi timbul juga cerita-cerita yang tidak diingini kat sini...

oleh kerana kelas aku banyak habis petang and then aku sampai hostel pun kadang-kadang dekat maghrib and kadang-kadang malam..semalam aku dengan roomate aku buat la sesi luah-meluah ni..semua cerita la keluar dari mulut masing-masing..bila dengar aku jadi takut..mau pergi mana-mana pun takut..even pergi toilet yang ada kat sebelah bilik aku ni ja pun aku berfikir berkali-kali...pintu bilik memang da 24jam ja kunci..macam melampau pula kan??tsk....

bagi orang yang ada keberanian sikit dia akan cakap la.."eleh, takkan tu pun takut??aku ni okey ja jalan p mana-mana sendiri"...okeyyy..aku anggap ja la dia berani kan..tapi,orang cakap jangan selalu cakap besar nanti "karma" datang baru padan muka...:P

tapi orang cakap juga jangan terlampau takut nanti terpaksa bergantung sepenuhnya dengan orang lain pula...aku ni tak tau la dalam kategori yang mana sebab kalau boleh aku tak mau la bergantung sangat dengan orang kan..ya la..kadang-kadang pun orang akan rimas bila kita mau dekat dengan dia ja sebab takut ja...so, kena average juga kan...

aku rasa ada kaitan juga la ketakutan aku ni dengan kemanjaan...sebabnya, takkan mau ke tandas pun takut kan??even dekat sekolah pun aku minta teman dengan kawan mau ke tandas...ish..ish,.ish...kalau da kawin takkan nak minta teman dengan husband ja kan?mesti kena ceramah lagi...tsk...

but, still aku rasa keselamatan agak kurang dititik beratkan kat sini...bayangkan la...tengah-tengah malam semalam around jam2.30 macam tu aku terbangun la sebab sejuk kan..and then aku terus la tak dapat tido sebab ingat banyak benda..banyak kerja sekolah...banyak assignment nak buat...so, aku tengok-tengok la kat luar jendela kononnya mau menghirup uda yang segar la..serius!memang segar and sejuk...hukhuk...lepas tu aku tengok kat pondok guard tu sebab bilik aku boleh nampak pondok guard kat depan tuuuuu...tapi tiada sorang pun kat situ...kosonggggg.....aku lagi la takuttttt....aku ambik langkah berjaga-jaga check pintu bilik, tutup tingkap and then buat kerja aku (print ja pun..huhu)...

maybe bagi orang yang tak care pasal keselamatan akan cakap "jadi takkan kamu mau guard 24 jam dekat pondok guard tu?" kalau fikir memang masuk akal...tapi cuba fikir secara mendalam sikit jaaaa....tempat ni (space apartment) berada d tengah-tengah perkampungan orang...di sekeliling hostel ni rumah kampung...even ada pagar (yang di kuncilah) tapi pagar jenis kat sini boleh kena potong...and tiada orang yang jaga kat depan tuuuuu....kalau ada orang yang niat tak baik rasa-rasa apa yang akan jadi??? kita bukan mau fikir bukan-bukan tapi kena fikir masalah yang akan jadi pada masa depan...orang cakap buat keputusan yang akan melibatkan masa di depan kita..

kerja sebagai guard adalah kerja yang halal, mulia.,..aku akui sebab dia tolong kita jaga tempat tinggal kita..and u must agree with me!i hope la pihak yang berkaitan utamakan keselamatan penghuni hostel ni...aku takkan pertikaikan berapa yuran sebab kalau ikutkan memang tak cukup untuk tampung kos belanja pihak uni...tapi we're student and i hope kebajikan dan keselamatan student di kaji lagi dengan lebih mendalam..bak kata kak Ogy "gali lagi gali dalam sampai kamu jumpa hasilnya"....i waiting for it...

tq...sekian "cerita kedai runcit" saya hari ni...


p/s : bukan merungut atau complain, cuma meluah saja...jangan baca dari sudut negative sebab akan negative la fikiran..cuba baca dari sudut positive maka positif la fikiran kita...bcoz...i love my UNI.......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...