Sunday, November 17, 2013

Mahasiswa Bersama Masyarakat

assalamualaikum....

tengah best-best mau buat presentation report tetiba datang pula mood mau mengepost..hihihi

okey la..okey la..aku teringin juga mau share masa kami buat program dekat Kuala Tongod, Kinabatangan....program berlangsung selama 3 hari 2 mala...program ni berkaitan dengan mahasiswa yang berramah mesra bersama masyarakat dengan menjadi anak angkat kepada beberapa buah keluarga d sana..and then aktiviti bersama pelajar sekolah rendah juga ada...

masa pemilihan keluarga angkat tu, aku tak expect la yang kami akan dapat keluarga angkat non muslim...but, semua tu tak penting sebab yang penting adalah silaturahim yang ingin dieratkan bersama penduduk di sana...


tadaaaaa....keluarga angkatku...famliy angkat aku ni ada 3 orang anak...2 anaknya merangkap adik angkatku ada d asrama and sorang ada dekat kuching tgh study...cheessseeee...:P

gambar kat atas hari terakhir kami d kampung ni..sob..sob...

okeyyyy...tak yah nak sedih sangat laaaa...hahaha

antara aktiviti kami kat sana iaitu hari sabtu ialah ada sukaneka, ldk, and karnival masyrakat..

sukaneka terdiri daripada permainan getah iaitu dengan mengumpul getah yang paling banyak dengan menggunakan straw...yeaahhh strawww...hehe lepas tu anak tiup belon and then pecahkan...lepas tu baling belon yang ada air and saapa yang paling banyak selamat belonnya menang...

ldk pula ada 3 kami sediakan untuk anak-anak di sini...pertama ialah ldk negara impian...kumpulan kena buat negara yang mereka impikan dan bentangkan kenapa mereka mau negara yang macam dorang buat tu la..ldk kedua ialah berita berantai...yang ni memang lucu sangat-sangat...fasi akan hafal ayat yang diberi and then pass berita tu dengan orang depan sampailah orang yang paling last akan menyampaikan berita kepada fasi yang bertugas dan akan menyerahkan kepada ketua ldk...siapa tepat atau lebih kurang tepat akan jadi pemenang la..and ldk yang terakhir ialah menara impian di mana setiap kumpulan akan diberikan beberapa alat untuk membuat menara tersebut...menara dinilai berdasarkan creativiti, kekukuhan bangunan dan cara pembentangan...











waaa...macam banyak ja knnnnn??tungguuuuu...ada lagi karnival masyarakat...yang ni bergabung dengan pameran oleh pihak kerajaan antaranya pihak PDRM cawangan, anti dadah, SPRM, Pusat Rawatan Warga (UMS) dan sukan riadah juga dijalankan...semua ni adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara penduduk dengan mahasiswa UMS...









ini la antara gambar masa program kat sana...memang happening la dengan anak-anak dekat sana..dengan family angkat lagi..ingat!!berlainan agama, bangsa dan budaya bukan penghalang kepada kita untuk bersatu padu...kita anak malaysia dan kita kena bersatu padu semua!!yeahhh...

waaaa...semangat ni malam-malam macam ni...hihihihi

banyak lagi gambar sebenarnya tapi nanti boring pula mau tengok banyak-banyak kan...wakakaka..!

okey..setakat ni la idea yang datang dengan aku...sob..sob...

sekian...terima kasih...(~___~)

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...