Monday, February 10, 2014

Positive thinking

assalamualaikum

selamat tengah malam semua..jam da pun menunjukkan pukul 12.17 a.m and im still awake...maigosshhh...kisahnya sebab petang tadi aku tido.!memang padanlah la tak dapat tido kan...nanti nak masuk semester baru kena ubah habbit ni..nanti besok kelas pagi tak dapat bangun pagi masak kau kena kunci kat luar!:P

tak pa la..sebelum aku cuba menidurkan diri aku ni aku nak publish la satu atau dua entry(padahal nak publish satu ja..poyo ja kau ni Mong)...

entry ni pasal positive thinking yang sepatutnya kena ada dengan semua orang...positive thinking ni bagus tau sebab kalau kita da asyik nak fikir negative ja bila masanya kita mau maju kan??yeahhh!!hidup belog!eh..tetiba pula kan...wakakaka...!

okey la okey...macam ni...aku rasa semua orang tau kan sekarang sangat-sangat banyak isu-isu sensetif yang menular...antaranya yang paling popular adalah isu kalimah "Allah", politik dan lain-lain..tapi aku tak rasa mau cerita pasal ni..tapi aku mau cerita pasal sifat perkauman dan ke-negeri-an antara kita semua ni...

bagi aku semua negeri sama saja sebab ia mencerminkan wajah sesebuah negara...ehem,.aku cerita pasal Malaysia okey..even tho aku sangat-sangat tak suka isu politik tapi at least aku ada semangat 1 Malaysia...aku asal dari Borneo(Sabah)..setakat yang aku tau sekarang ni ramai sangat yang macam nak boikot Borneo..why??kenapa tak boleh bersatu?kalau asyik nak menuding jari anatara orang sampai bila masalah ni takkan selesai..and sikap toleransi ni perlu ada dengan semua orang...Sabah & Sarawak adalah sebahagian daripada Tanah Melayu yang membentuk Malaysia...before ni Malaysia aman makmur ja tiada pertelingkahan..why mesti sekarang kita nak berpecah belah?aku tak memihak pada siapa-siapa even aku anak jati Borneo..sebab kita kena lihat dari sudut positif..jangan biarkan orang pengaruh fikiran kita supaya saling membenci antara satu sama lain...apa yang kita dapat dengan saling membenci, memaki antara satu sama lain??tiada!nothing!kita tak dapat apa-apa melainkan hanya dosa!tapi syaitan yang berbisik supaya kita berpecah belah akan melonjak gembira sekiranya kita saling berperang, bermusuh sesama kita...

tolong la rakyat semua...kita ni serumpum buat cara serumpum okey...kita tak dapat intan permata berlian diamond semua tu dengan melancarkan perang permusuhan ka apa ka...dengan memecah-belahkan rakyat semua kamu akan jadi kaya di dunia atau di akhirat ka?kamu ingat orang akan bertepuk tangan?jangan la macam ni...bila lihat keadaan sekarang aku rela masa diputarkan kembali waktu aku masih kecil...masa tu Malaysia aman damai makmur..tiada pergaduhan..tiada demonstrasi..tiada isu besar yang boleh memecah-belahkan hubungan silaturahim sesama rakyat...sedih...itu la perasaan aku sekarang...aku sayang Malaysia..sebab aku hidup di Malaysia..aman...

kalau anda sayang Malaysia..bersatu padu la..jangan terpengaruh dengan politik, anasir-anasir jahat yang boleh menghancurkan Malaysia satu masa nanti..pada masa itu menyesal pun tiada guna lagi...bertolak ansur la...jadikan pegangan agama masing-masing sebagai panduan...sentiasa la fikir positif di sebalik negative...kerana positif selalu akan menolong negative...

i really hope for peaceful life....hanya sekadar pendapat dan renungan bersama...tak suka abaikan..suka renungkan kembali....

that's all for tonight...i will merapu again for tommorow..or mayb this morning?

thanks a lot....sekiannn...

xoxo...:D

No comments :

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...