Sunday, March 30, 2014

Rahsia berjalan seorang perempuan

assalamualaikum...

haiii...lama tak jumpa kan?eh,lama tak tulis entry baru..bizi la weekdays...ni pun culik masa kejap nak merapu sini...aku ada la baca-baca dekat muka buku sikit kan..aku jumpa benda ni...aku tolong kopi pasta ja ni...just for fun...hehe

RAHSIA WANITA/PEREMPUAN BERJALAN :
1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

so, rasa-rasa la kan korang yang mana punya eh?kalau aku no.3 tuuuu...memang suka jalan tunduk sampaikan kawan lalu sebelah ja pun tak perasan ni...pernah dulu adik aku jalan sebelah aku ja aku tak perasan..aku tau pun lepas balik rumah..dia cakap "orang lalu sebelah dia pun tak kenal"..bukan tak kenal..tapi tak nampak and tak perasan..da la kakak kau ni rabun....sob..sob..sob....

ha kamu pula?hihi no hurt feeling okeyyy....release tension kejap baca yang not serius punya...lepas ni sambung lagi belajar sebab besok ada mid-sem test..hoho.. 

wish me luck korang....gudluck to u too...10q... (@__@)

sekian....

16 comments :

  1. gud luck sis... anis pon xtau yg mane jenisnyee..hahah.. :D

    ReplyDelete
  2. @Nurulee
    ok juga 2 no.4..mong ni no.3...malu pula.,.. :(

    ReplyDelete
  3. anis rase, macam nombor 4 atau 5..heheh... :) rase2 je la..hahah

    ReplyDelete
  4. kami x tau la jln jenis mcmana.. org lain yg tgk bole menilai... hihi

    ReplyDelete
  5. kelirunya.. taktaw lah cara macammana berjalan tapi ibu abah slalu cakap.. jalan menunduk sgt (mcm atok2) TT^TT

    tapi campur dengan jalan tengok kiri kanan.. ahaha XDD tak boleh gila tgok straight nih rasa semacam ja XD

    ReplyDelete
  6. @Anizz Annisa
    ya ka?rasa ja ka sis?bukan yang betul?hihi

    ReplyDelete
  7. @muhammad azuan
    thankssss....da lepas da tp next week ada lg..mong sangat2 bz sekarang...hukhukhuk....

    ReplyDelete
  8. @Anis Adnan
    yeaaahhhhhh!!!ada sama mcm mong..hehe

    ReplyDelete
  9. @cheesedan kejubakar
    tp kadang2 kita blh tgk sndiri tau...hihi tapi tak pa...try la tnya kwn...tp jalan mcm mana pun okey ja... :)

    ReplyDelete
  10. @Junkyo No Hikari
    sama la ngan mong tp xlah tunduk sangat...agak2 tunduk yg biasa ja..hihi jalan cam mana sama ja tu..yang penting sampai ke tempat yang kita nak pergi...:)

    ReplyDelete
  11. ha'ah taklah tunduk sangat.. :D sebenarnya terbiasa jalan tunduk ni sbb asyik tengok cerita Jepun, bila jumpa org kena tunduk.. last2 jalan bongkok sikit.. kang tunduk mcm bukan budaya kita lak.. tapi (dulu dah tertunduk) aiyaaa.. XD

    ha'ah betul2 :D asalkan sampai.. jalan cara macammana pun ok je :D

    ReplyDelete
  12. @Junkyo No Hikari
    hehe tak pa...kalau mong jalan tunduk mmg da dari kecik lagi..sebabnya tak suka org tengok mong..mcm tak konfiden la lebih kurg..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...