Friday, April 25, 2014

Tekanan seorang pelajar

assalamualaikum

selamat pagi semua..weeeeeee!!lamanya tak taip entry...memang tengah bizi sangat-sangat sekarang...6 subject and i need to find almost 50 article/journal and read it and then buat summary/analysis untuk assgmnent...what the fish??hohoho

sekarang ni aku tengah tensen sebab banyak maklumat tak full dalam journal and article ni..macam mana aku nak buat kerja??ni la sebagai cabaran aku sebagai seorang pelajar kalau nak rasa genggam scroll ijazah ni la..ini la cabaran yang paling aku rasa macam nak give up...astagfirullahala'zim...Ya Allah...aku betul-betul tengah tak boleh nak fikir...

tadi aku tengah buat assignment untuk Islamic Finance Accounting and tengah cari maklumat tentang advisory council of AmIslamic bank berhad...annual report from 2008 to 2012..aku minta tolong la dengan Encik Google kannn..memang banyak link tapi tiada yang berkaitan..sob..sob...

mencari ni punya la nak menangis airmata darah...sob..sob...aku da try bank lain iaitu Alliance Islamic bank and semua maklumat dorang lengkap tau...semua ada...tapi AmIslamic Bank ni aku tak tau kenapa tak banyak maklumat...kalau ikut hati aku yang tersangat la cepat mau marah ni nak ja aku hempas laptop..tapi bila fikir balik tu semua hasutan syaitan nak kita marah-marah..so aku bertenang sebentar and then aku tarik nafas sedalam-dalamnya...bertenangggg.....

okey sekarang ni aku tengah bertenang and aku rajinkan diri taip entry ni...hihi...nak jenguk blog kekawan aku yang rindu aku..cehhhh..ada ka juga yang rindu??wakakakaa!okey semua...bak kata nora danish "yang penting kita enjoyyyyyyyyy...!"...jom enjoy tengok movie kejap nak tenangkan hati and minda.....hihihihii

so,siapa-siapa yang ada link ka apa ka yang berkaitan dengan advisory council AmIslamic Bank plissssss tell me okeyyy...da lebih seminggu aku berkampung kat libry tu sebab nak cari benda ni ja...korang kan baik kannn..tolong la orang cute yang tengah dalam dilema/susah ni...(@)___@)

eh,aku nak makan dulu la..tengah stress ni kena makan tau baru gemuk...eh,salah lagi...chubby macam mong...ngeeee....

okey la...dari tadi okey..okey..okey ja...ngee...10q semua....sayang korangs....

sekiannnn.... :)

Saturday, April 19, 2014

Tidak adil

assalamualaikum

bertemu kembali kita..semalam taip entry da tengah malam..pepagi ni rasa nak buat entry baru lagi...(@___@)

tidak adil?ya memang tidak adil orang di dunia sekarang ni...terlebih dahulu aku ucapkan takziah kepada keluarga mendiang Karpal Singh..umum semua tau kan kejadian yang menimpa beliau...dia seorang lawyer and juga seorang ahli politik...haaa...politik lagi kan?semalam pun entry aku ada kaitkan sikit dengan politik...even aku tak suka politik tapi aku tak sampai la mengkritik/memaki hamun semua...

aku sebenarnya mau cerita pasal tak adil kan...disebabkan kejadian ini ramai yang salahkan pemandu lori tersebut...ada yang sampai maki hamun, mengutuk...aku langsung tak setuju sangat-sangat dengan cara orang nak luahkan benda yang dorang tak puas hati dengan pemandu lori...

first of all..semua yang terjadi memang da takdir kan itu kita tak nafikan lagi..cuma cara macam mana ia terjadi kita takkan tau..tapi bila semua ni terjadi semua akan menjadi keyboard warriors dengan mengusulkan pelbagai teori and kalau boleh nak masukkan journal, buku semua la..dengan kuasa tangan dan akal mereka-mereka ini...

kita sebagai manusia yang berpelajaran pasti tau..setiap agama pun ada mengingatkan tak baik kutuk orang sana sini..tapi aku tak tau la kenapa still masih ada orang yang berfikiran cetek?kalau nak jadi expert dalam semua benda boleh..sangat-sangat dialu-alukan tapi biarlah dengan cara yang baik..kalau nak jadi terkenal ja baik tak payah kan...

sebenarnya, abang aku pun driver lori...and disebabkan kejadian ni abang aku pun terkena tempiasnya sebab ada yang dengan bangganya cakap "semua driver lori sama ja..suka pandu laju..tak fikir keselamatan orang lain and bla..bla..bla..." ..ada pula tu lagi teruk komplen kutuk..kadang-kadang aku rasa macam orang yang macam ni tak matang...jangan hanya kerana seorang, semua kau nak kondem...agak-agak la kan?

abang aku da lebih 10 tahun bawa lori tau..masing-masing la tau tanggungjawab kat jalan raya kan..takkan la driver lori kena jaga orang punya kereta ja kot..abis tu yang lain tak payah jaga-jaga?hmmm...aku tak marah cuma aku kesal sangat-sangat dengan mentaliti sesetengah orang ni..aku bercakap untuk kesedaran..bukan nak salahkan sesiapa...so,kita kena la berfikir dulu ya kalau nak komen ka apa ka...tak adil kan kerana seorang semua kena...?

beberapa hari lepas pun kami excident..moto and proton saga...kawan aku bawa proton saga...nanti aku update entry tentang excident tu..trauma aku pun tak hilang lagi ni..sob..sob...

pada yang luar sana yang bawa kereta, moto, basikal, lori and apa-apa la yang menggunakan jalan raya sila la berhati-hati...ingat!bila-bila masa ja kejadian yang tak diingini akan berlaku..so,elakkan la semua tu berlaku...aku sayang malaysia ni...mood sedih ni...(~___~)

okey la..nak sambung belajar lagi..nak siapkan assignment walaupun mood tak berapa nak okey...wish uolls all da best...gudluck to me!hehehe

sekian...xoxo...




Mentality seorang insan yang bergelar manusia

assalamualaikum

aku kembali setelah beberapa hari/minggu aku mendiamkan diri..bukan mendiamkan diri la cumanya aku tengah bizi menyiapkan kerja sekolah...huaaaaaa!skema siot...wakakakka!

jom kita sembang-sembang milo dalam masa 10 minit gitu...ahaks!

ni aku mau cerita la sikit tentang mentaliti sesetengah orang kita ni...ada beberapa situasi yang boleh kita lihat sebagai cermin kepada diri kita..waaa...ayat kau ni...boleh tak pendekkan cerita ja??cakap 10minit ja kan..tsk...

nak dipendekkan cerita....deng...deng...deng....

situasi 1#
kemalangan jalan raya yang majoritinya antara moto dengan kereta..tak kira la kereta kebal ka..kereta api ka...yang penting kereta...dalam situasi ni akan ada pengkritik/pengomen yang positif dan akan ada yang negatif...

positif : "da takdir semua ni berlaku..redha ja la..tak yah nak kritik itu ini and bla..bla..bla..."
negatif : "hoi!mata letak mana ha?!tu la tau nak laju ja..mau cepat sampai..signal tak bagi...pegang hp macam hp tu lagi penting dr nyawa kau...lain kali kalau tak nak susahkan orang tak yah bawak kereta/moto and bla..bla..bla...."

serius la aku cakap benda ni terjadi...kau p la tengok kat muka buku sekarang ni...semua pengomen berjaya tu terpelajar pula tu..kerja tinggi-tinggi..tapi ada masalah mental sikit...apa salahnya kita doakan yang bagus-bagus ja...mungkin hari ni hari dia...esok lusa kita tak tau tetiba hari kita pula?tak ka "antara garisan" jadinya?

situasi 2#
bila semua kejadian buruk yang menimpa seseorang itu dipolitikan..ha!yang ini memang sangat-sangat hangat diperkatakan sekarang..

1 : "ni semua parti bla..bla.. yang buat..dorang nak hancurkan kita..dorang sengaja buat huru hara macam ni supaya dorang boleh tutup salah dorang..bla..bla..bla.."
2 : "si polan ni yang salah..dia hasut orang buat macam ni..."
3 : "eleh...ni mesti nak rasuh rakyat ni kan?semua ni pasal politik la..aku tau la..."

sekarang ni tengok la..nak masuk tandas kena bayar pun boleh dipolitikan tau..dulu kita main masuk ja la tandas kan tak yah bayar..sekarang ni semua bayar...ni la yang orang nak hujah juga...anything yang berlaku nak kaitkan dengan politik..da tiada kerja ka??tsk...tsk...

situasi 3#
bila orang pakai selekeh dikatanya miskin, tak mampu nak beli itu ini, malu nak jalan dengan orang macam ni....

1 : "laaaaa...encik/cik/puan/tuan kalau tak mampu tak yah masuk kedai ni..sini barang mahal-mahal...."
2 : "da tau pakai selekeh masuk kedai mahal ni wat pa?tak da akal ka?"
3 : "ee..kau tengok orang tu da la pakai selekeh ada hati nak ngurat aku...bla..bla..bla..."
4 : "kenapa kau pakai selekeh ni??malu aku nak jalan dengan kau la..ish...jatuh standard tau tak?"

apa yang salahnya pakai selekeh macam tu sampai korang nak think negatif sangat ni?mampu sangat ka juga kamu?sepatutnya kita berfikir yang baik-baik..ni tak..tau nak judge orang ja dari luaran...dibuatnya orang yang pakai selekeh tu CEO company besar?haaaaa....tak sepatutnya kita judge orang dari luaran tau...kita kena tengok dalaman dia..eh,hati dia..takkan nak show off yang kita ni kaya raya...lagi mampu dari orang lain?oh no!aku tak setuju dengan cara pemikiran kolot macam ni...

aku sebagai seorang yang terpelajar aku boleh berfikir mana yang baik mana yang tak baik..bila nak mengkritik/mengomen/memaki hamun orang lain kita kena tengok diri kita sendiri dulu..kita da cukup sempurna ka sampai nak kritik orang sampai macam tu?kalau tengok dekat muka buku memang lagi banyak ayat power yang dorang taip...memang keyboard warrior sangat..wakakakakaka!

tapi aku tak kan kritik atau terus-terus percaya dengan seseuatu yang aku tengok dari luaran saja...kena analisis internal dia juga...and paling penting bukti...kalau ada bukti, kau nak berhujah pun ya silakan..sebab mulut dan jari tangan kita ni kalau mau bahaskan sesuatu mesti ada bukti...and then kita kena kawal perasaan,hati dan akal kita agar jangan cepat judge orang...apa yang berlaku mesti ada hikmahnya...

hanya kita yang boleh kawal hati, mulut dan jari tangan kita ni untuk berkata-kata..ingat!kerana nila setitik rosak susu sebelanga dan kerana mulut badan binasa...ada maksudkan?renung-renungkan dan selamat beramal...

err maafkan aku kalau ada benda yang aku taip salah...correct me if im wrong...maklumlah da jam12.30 a.m...wakakaka!

okey la...regangkan jari-jari...sedia ucap selamat malam...(@___@)

thanks sudi jenguk blog Misz Mong....sekian....(~___~)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...