Saturday, April 19, 2014

Tidak adil

assalamualaikum

bertemu kembali kita..semalam taip entry da tengah malam..pepagi ni rasa nak buat entry baru lagi...(@___@)

tidak adil?ya memang tidak adil orang di dunia sekarang ni...terlebih dahulu aku ucapkan takziah kepada keluarga mendiang Karpal Singh..umum semua tau kan kejadian yang menimpa beliau...dia seorang lawyer and juga seorang ahli politik...haaa...politik lagi kan?semalam pun entry aku ada kaitkan sikit dengan politik...even aku tak suka politik tapi aku tak sampai la mengkritik/memaki hamun semua...

aku sebenarnya mau cerita pasal tak adil kan...disebabkan kejadian ini ramai yang salahkan pemandu lori tersebut...ada yang sampai maki hamun, mengutuk...aku langsung tak setuju sangat-sangat dengan cara orang nak luahkan benda yang dorang tak puas hati dengan pemandu lori...

first of all..semua yang terjadi memang da takdir kan itu kita tak nafikan lagi..cuma cara macam mana ia terjadi kita takkan tau..tapi bila semua ni terjadi semua akan menjadi keyboard warriors dengan mengusulkan pelbagai teori and kalau boleh nak masukkan journal, buku semua la..dengan kuasa tangan dan akal mereka-mereka ini...

kita sebagai manusia yang berpelajaran pasti tau..setiap agama pun ada mengingatkan tak baik kutuk orang sana sini..tapi aku tak tau la kenapa still masih ada orang yang berfikiran cetek?kalau nak jadi expert dalam semua benda boleh..sangat-sangat dialu-alukan tapi biarlah dengan cara yang baik..kalau nak jadi terkenal ja baik tak payah kan...

sebenarnya, abang aku pun driver lori...and disebabkan kejadian ni abang aku pun terkena tempiasnya sebab ada yang dengan bangganya cakap "semua driver lori sama ja..suka pandu laju..tak fikir keselamatan orang lain and bla..bla..bla..." ..ada pula tu lagi teruk komplen kutuk..kadang-kadang aku rasa macam orang yang macam ni tak matang...jangan hanya kerana seorang, semua kau nak kondem...agak-agak la kan?

abang aku da lebih 10 tahun bawa lori tau..masing-masing la tau tanggungjawab kat jalan raya kan..takkan la driver lori kena jaga orang punya kereta ja kot..abis tu yang lain tak payah jaga-jaga?hmmm...aku tak marah cuma aku kesal sangat-sangat dengan mentaliti sesetengah orang ni..aku bercakap untuk kesedaran..bukan nak salahkan sesiapa...so,kita kena la berfikir dulu ya kalau nak komen ka apa ka...tak adil kan kerana seorang semua kena...?

beberapa hari lepas pun kami excident..moto and proton saga...kawan aku bawa proton saga...nanti aku update entry tentang excident tu..trauma aku pun tak hilang lagi ni..sob..sob...

pada yang luar sana yang bawa kereta, moto, basikal, lori and apa-apa la yang menggunakan jalan raya sila la berhati-hati...ingat!bila-bila masa ja kejadian yang tak diingini akan berlaku..so,elakkan la semua tu berlaku...aku sayang malaysia ni...mood sedih ni...(~___~)

okey la..nak sambung belajar lagi..nak siapkan assignment walaupun mood tak berapa nak okey...wish uolls all da best...gudluck to me!hehehe

sekian...xoxo...




6 comments :

  1. salam...hi mong...ni akak dr blog cikgu suraya...hehehe...sje je dtg melawat...btw, pasal tak adil tu, mmg xadil..mne boleh nk salahkan org suka2 je...tp nk buat mcm mne kn...rakyat malaysia ramai "terpandai" lebih...bab cari salah org, memang hero!


    meh la jenguk2 resepi kek kt blog akak.., xnk resepi kek, crita lain pon ada..hehe

    http://inibelogcikgusuraya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. @Puan Suraya
    waalaikumusalam kak..hihi..memang sekarang ni kak..kekadang nak ja balik masa kecik2 dulu yang tak tau apa-apa...hukhuk...eh mong da follow akak..da tengok banyak resepi td..terliur tengok..hehehe

    ReplyDelete
  3. saya pun rasa tak adil nak tuduh semua pemandu lori sama je perangai..lain tempat lain caranya..mcm kat tmpat saya ada jugak pemandu lori yg bawak laju,tapi tak boleh la saya nak tuduh kat setiap negeri pun sama -_-

    ReplyDelete
  4. Hi.. nice entry!

    saya dah follow blog awak..
    meh follow blog saya. TQ
    http://azie-ceritagadiskampung.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. @siGadis Purple
    betul tp bukan setiap negeri sis...itu dr diri sendiri juga...tak semua org bawa laju tp tak fikir org lain yg bawa keta,moto...ada yg fikir..ada yg tak...sebab tu banyak perkara yg tak diingini berlaku..huhuhuhu sedihhhhh... :(

    ReplyDelete
  6. @azie_azimah
    done follow...tiada chatbox sis susah nak interact... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...