Friday, August 8, 2014

Isu kekejaman

assalamualaikum...

hi!..petang ni jom cerita tentang isu semasa...ya la..semua mesti tau kan?kalau yang tak tau juga tak la aku...isu Humanity di Palestine, Gaza..pihak Israel bertindak melancarkan serangan ke atas Gaza!ya!semua kita marah, sedih sebab saudara kita di sana hampir setiap hari tumbang...tapi aku tak nak komen banyak sangat sebab dalam dunia maya ni banyak sangat keyboard warriors...jangan lupa tau alam maya ni kadang2 boleh membunuh...so berhati-hati dengan kata2 anda...

bagi aku segala bentuk kekejaman tak kira la perang ka, mendera la, membunuh ka yang penting ia termasuk dalam istilah kejam adalah tidak berperikemanusiaan langsung!serius aku cakap...sekarang ni macam2 benda jadi...sedangkan anak boleh tikam/bunuh ibu sendiri ini kan pula pengeboman yang berlaku ke atas orang2 yang tiada kaitan dengan mereka...balik kepada al-quran...setiap kejadian di dunia ini ada diceritakan dalam al-quran..aku tak la cakap aku alim tapi at least aku sentiasa tambah ilmu..tak perlu la aku cakap dekat sini kan..nanti riak..aku tak nak...

cuma kita kena fikir la...kita hidup di dunia ni atas kehendak siapa?siapa yang menciptakan kita?siapa bagi rezeki dengan kita?siapa yang bantu kita?semua tu kita kena fikir...jangan bila da dapat rezeki/untung kita jadi bongkak/sombong..nak lagi ambik orang lain punya...banyak cara nak kuat, luaskan kuasa tapi ingat kuasa ALLAH S.W.T. melebihi segalanya..

penderaan, kekejaman yang berlaku sangat2 sedih aku tengok..tapi bagi SESETENGAH orang bila nampak macam ni jari and mulut ja lebih..tapi tindakan???jangan buat tindakan yang boleh menghancurkan masa depan kita nanti menyesal menangis air mata darah pun tak guna...kalau mau bantah guna saluran dan tindakan yang betul...jangan guna demo!mesti ka buat demo setiap kali nak membantah?pihak tu kisah ka?ni da sampai bakar2 segala...Ya Allah...kita dikurnikan akal untuk berfikir...setiap tindakan akan meninggalkan kesan..

bantahan aku terhadap kekejaman tidak semestinya aku nak hebohkan dekat mukabuku,kitachat,appapa semua..dan jangan pula hentam orang yang tak bantah tu...kita ni kadang2 guna emosi kalau nak settle satu2 masalah sebab tu tak pernah nak jumpa jalan penyelesaian..aku sedih sangat tengok SESETENGAH orang kat negara kita ni...educated tapi tindakan sangat2 tidak mencerminkan tingginya education dia..aku tak cakap sorang..aku cakap umum dan ia boleh jadi aku pun sama juga kan..

aku harap sangat2 sama2 la kita fikir sejenak setiap tindakan kita di masa depan..aku diam tak semestinya aku tak berdoa untuk saudara kita di sana tapi tak perlu kan nak heboh?lagipun ini semua tentang humanity dan jangan kaitkan dengan isu agama...jangan keruhkan lagi keadaan...


anything, hanya DOA yang mampu kita sampaikan kepada mereka di sana..



akhir sekali, kita ada akal, ada fikiran, sama2 la kita renungkan...akhlak melambangkan diri kita..im always #prayforGaza..


sekian..selamat petang semua...terima kasih...

p/s : entry adalah umum..tiada kaitan dengan sesiapa selagi aku tak letak nama so tiada siapa boleh terasa..peaceeeee(Y)...

3 comments :

  1. org banyak boikot bermusim mong.. meluat pon ade tgk org over... sampai ade yg ludah pekerja.. pecah cermin kereta yg ade sticker drive thru la.. hurmm.. sedih sedih.. allah tahu niat kita.. boikot senyap2 suda.. jgn over.. teruskan doa utk palestin,syria dan terbaru, amerika hntar askar kat iraq.. motif?? xtau la.. same2 kite berdoa.. :)

    ReplyDelete
  2. @Anizz Annisa
    sokong anis...tgk la berita skrg ni..mcm satu ja kan produk dr sana..banyak lagi..yang sedihnya pekerja yg mncari rezeki pun kena..semua ni dasar emosi..bukan logik...yang penting kita myumbang dlm diam..doa pun da cukup kuat da tlg saudara kita dekat sana...yes!yg tbaru tu sis...nak kata kena serang tak tapi ttiba hntar askar...dunia..dunia...xpa la anis..yang penting doa kita sentiasa mengiringi mereka d sana...:)

    ReplyDelete
  3. HI!! 안녕하세요~ we are twinscraftlife! pls visit our blog shop^^ 꼭 오세요~~!!^^ twinscraftlife.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...