Thursday, April 20, 2017

La Soul Product Review

Assalamualaikum,

Hi!Pagi semua... :D

Maaf la aku bz sikit kalau mau update blog ni..berhabuk sudah blog!lol! Its okey..its okey..aku masih ingat jga blog ni cuma tak cukup masa mau taip panjang-panjang..*tsk..

So, aku mau cerita sikit pasal produk yang aku guna sekarang ni yang aku rasa sangat okey,sesuai dengan muka aku,kurangkan minyak muka aku sebab kalau sebelum ni minyak d muka aku boleh buat minyak masak da..lol! Okey serius sikit..ngeee...

Produk ni lama da and memang ramai da testimoni  yang produk ni sesuai dengan muka dorang..aku ni susah sikit mau percaya kan..ya la,sebelum ni kan aku da pakai macam-macam produk tapi muka aku tetap jadi teruk jga..produk ni kawan aku yang rekomenkan..mula-mula aku tak yakin..aku cakap dengan kawan aku tu muka aku ni tak boleh da terima produk chemical ni..tapi dia tak berhenti yakinkan aku yang product ni bebas chemical berbahaya,try saja dulu dia bilang..*keluar sabahan..lol!*

So far, muka aku kurang berminyak da, cuma aku tak konsisten sebab guna sepatutnya sebelum  tidur tapi aku da pakai still relaks tengok tv 2 3 jam.. (~__~) okey tak pa..abaikan ke-tidak-disiplin aku tu. So, sini aku terangkan pasal La Soul ni..

Okey aku perkenalkan apa sebenarnya La'Soul Skincare ni..

La'Saoul Skincare
- 100% diimport sepenuhnya dari KOREA & dipaternkan oleh Syarikat Malaysia iaitu SNE Marketing
- Khas untuk wanita/lelaki Asia moden yang inginkan set penjagaan wajah yang mudah & berkesan!
- Untuk permulaan boleh cuba La'Soul Set Basic ni :
     * Diamond Sleeping Mask
     * Cleansing Foam
     * Magic QQ Cream
     * With membership and free RM50 Redeem Voucher
- Produk Korea yang
     * 100% bebas daripada bahan kimia,
     * Lulus KKM,
     * Mudah,
     * Effective
     * Jimat


                                                             
                                                                     Cleansing Foam


                                                                         Magic QQ Cream


                                                          Diamond Sleeping Mask

                                                                         V Serum

Ni antara basic set La'Soul yang tengah hot sale sekarang ni. Harga memang mahal tapi jimat. Sebab kenapa jimat? Sebabnya produk ni tahan selama 3 hingga 4 bulan. Tapi tengok penggunaan korang macam mana la. Kalau jenis yang main calit sekali banyak memang tak tahan lama la. So,kena belajar berjimat. hik..hik..hik.. Setiap produk yang bagus memang tidak akan bagi kesan seminggu dua sebab perlu masa untuk baik pulih muka dari produk-produk terdahulu. So, kena banyak bersabar okey. Lagi 1, kulit kita ni tak sama. Ada yang cepat kesan dan ada yang lambat. Kalau untuk aku memang lambat sebab tu kena banyak sabar. Jangan mau cepat sangat cantik sampai tak fikir kandungan produk. Bersabar memang akan ada ganjaran. So, tunggu apa lagi?bertukar ke La'Soul.! for more info boleh contact atau dm aku dekat ig aku tau dekat @mynameiseyali:)

Thanks sudi baca..:)

wassalam.

Monday, January 16, 2017

#Officemate

Assalamualaikum..

Selamat bekerja semuanya bagi yang bekerja, selamat study bagi yang study dan selamat berehat bagi yang tengah berehat..ahak!

Aku baru ja siapkan kerja aku ni then aku luangkan la masa sebentar updet..hihihi ni aku mau cerita ba berkaitan dengan officemate. Bagi yang bekerja confirm sangat la jumpa bebagai ragam and perangai officemate kan?dont lie to me la..confirm ada ja yang stress and tak suka kan dengan officemate kmu?? =p

Okey sini aku cerita a..ni dari aku punya pengalaman sendiri juga la kan..duluuuuuuu *terobek sikit* masa aku praktikal la kan aku punya officemate semua okey and baik-baik la..ada pun berselisih mungkin sebab keja ja la and aku akui memang dorang baik la..kalau bab-bab tekanan tu memang semua tekanan apa lagi masa tu memang peak period kan..hukhukhuk

Then aku habis praktikal aku dapat keja di tempat lain which is my lecturer yang recomend sebab kawan dia kan..so dengan azam yang tinggi menggunung aku terima kerja sana..first, memang okey la sana..bos pun okey but lama-lama staff sana tak puas hati dengan aku..ya la, aku degree gaji tinggi sikit dari dorang..dorang spm..bukan merendahkan tapi bos yang bagi gaji macam tu so aku terima ja la..staff ni mengadu dengan sorang kawan aku ni dia cakap kenapa aku gaji tinggi buat akaun sedangkan dorang gaji rendah? aku pun tak tau la macam mana mau cakap..takut tersalah cakap lain lg jadinya..tak bagus ba ada perasaan jeles semua tu..mungkin belum masanya lagi kan gaji tu naik..tapi aku decide untuk biarkan ja la sebab tiada guna bergaduh sebab tidak akan ada penghujungnya..sebab tu dalam offer letter cakap jangan disclose kita punya gaji dengan orang atau staff lain..*sedih..

Then, aku berhenti dari sana sebab ada sebab-sebab tertentu yang terlalu peribadi untuk aku share kat sini..*maaf* ..Tak lama lepas tu aku kerja dekat accounting firm tempat lain tapi jauh sikit la dari rumah sewa aku masa tu..Kat sini pun bosnya okey, baik juga and teratur dari segi kerjanya..Officemate aku kat sini pula ada okey ada tak okey..Sebenarnya di mana-mana pun kerja mesti akan ada officemate yang kita tak suka kan..kat sni bermacam perangai and gaya la..ada yang cakap belakang,cakap main lepas, hipokrit, selfish..kan?tak lari ba perangai officemate ni..paling aku tak suka ialah cakap belakang..kalau tak suka aku lebih suka cakap terus terang tapi berkias..aku jenis tak suka mau buat orang terasa.. *maaf kalau aku pernah post entry yang buat korang terasa..* aku mau orang tu faham sendiri aku tak suka begitu..tapi ya la, kalau hanya kita yang berusaha tapi orang lain tak berusaha memahami susah juga jadi officemate ba kan..kita penat-penat jaga hati officemate kita tapi dia buat dont know..mesti ada antara kmu yang terasa begini kan?mengaku cepat!=p

Then,after 7 bulan aku di sana, aku berhenti juga sebab jauh kan..tapi aku akui juga faktor gaji memberikan sebab yang utama juga untuk aku berpindah ke tempat lain..dengan keadaan ekonomi sekarang yang tak stabil aku terpaksa cari yang berpatutan untuk menampung kos yang aku terpaksa tanggung. Aku minta maaf dengan bos lama aku tu..*maaf bos* ..eh!bos aku mana ada blog..kakakaka!

Sekarang aku dengan kerja baru aku ni iaitu Audit Junior di sebuah company swasta juga..so far so good..im still learning..so officemate kat sini aku tak tau lagi macam mana waalaupun da 3 bulan aku kat sini..mungkin belum menunjukkan keadaan sebenar kan? so positif ja la kan tempat baru ni good enough to learn.. ngeeee.. :)

So, aku harap korang tak macam tu a?jangan sombong-sombong, jangan selfish, alert dengan officemate yang lain..bukan officemate ja la..termasuk kawan-kawan sekali..kita mau bekerjasama ni untuk jangka masa yang lama..bukan sehari dua kan..?

Ermm..aku sambung kerja balik la..hehe!jangan bagitau bos aku tau aku curi masa kerja SIKIT!(~_~)

Bye!Wassalam..

P/S : do unto others as others do unto you *The Golden Rules*



Monday, January 9, 2017

Realiti sebagai seorang pelajar univerisiti

Assalamualaikum...

Hai semuaaaa...ngeee...

Baca ba kan tajuk entry aku ni? yup!realiti sebagai seorang pelajar universiti..

       Bila dengar ja tajuk entry macam membosankan tapi this is reality. but ya you will never know until you feels it yourself. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. okey stop!

       Realiti yang kau kena hadapi dalam dunia pembelajaran di Uni ni tak sama dengan apa yang kau nampak di drama-drama, budak uni bercinta dalam drama sampai kawin, kerja,.. Nooo!!hanya sesetengah yang menjadi realiti tapi sesetengahnya lagi kembali ke alam fantasi..lol

        Aku share la pengalaman aku sebagai seorang pelajar UMS dari tahun Sept'11 to Aug'15. Best belajar lagi tinggi ni bukan tak best tapi!rules paling utama bila kau jadi pelajar uni kau jangan nak mengada mendabik dada membangga diri..sebab apa??sebab kau tu baru masuk uni tau..keluar uni belum tentu dapat kerja, belum tentu hala tuju..sedangkan orang-orang berjaya millionaire tu mana da tinggi sekolah dorang..that's why aku cakap jangan mendabik dada and membangga diri..bila kau berjaya sdah pun jangan sesekali membangga diri!

        Kembali kepada tajuk entry aku, kehidupan sebagai pelajar uni ni tak sama dengan dalam novel cinta..yang mana berlanggar then berjatuhan buku-buku then terus jatuh cinta..tidak!jangan bermimpi di siang hari..kalau terjadi pun mesti terjadi dengan yang lucky ja..*terasa diri tak bertuah sebab tak jumpa lagi..lol*

        Realiti seorang pelajar ni sebenarnya tak kira di uni ka,kolej ka,di mana-mana la sangat mencabar..kenapa aku cakap mencabar?sebab di sini la semua pengaruh mendekat dan takkan menjauh..antara pengaruh tersebut adalah cinta, shopping, enjoy, culture shock and yang sama waktu dengannya. Contoh, kau dari sekolah rendah masuk sekolah menengah kan mustahil la kau tak terpengaruh dengan kawan-kawan kau yang ada handphone lagi canggih dari kau..ada certain mungkin tak kisah tapi bagi yang certain lain tu mula la mau memberontak kan..benda ni jadi bukan setakat masuk sekolah menengah, tapi hingga ke matrik, uni..tapi aku tekankan lebih kepada uni la sebab cabaran di uni ni lain sikit.. (~__~)\

        Cabaran di uni ni contohnya kau tak pernah enjoy masa kat rumah dulu sekarang kau enjoy..in general la aku cakap ya..bukan ditujukan kepada sesiapa..sebab aku dulu pun mula-mula terfikir enjoy tapi bila aku boleh fikir da aku banyak habiskan duit aku untuk makanan..tak pecaya?kena juga percaya sebab sekarang pun da kerja aku masih lagi cuba habiskan duit untuk makan ja..*tsk..tsk..* then aku mula fikir blajar and makan and kawan-kawan..no love..

       Dulu aku suka baca novel,sebab aku boleh bayangkan akulah watak dalam novel tu..kakakaka! novel dulu-dulu best tau..sekarang ni aku tak tau la kenapa sebab aku da tak beli novel da..mungkin sebab banyak novel da diadaptasi menjadi drama?dalam novel pelajar uni senang-senang ja buat aasignment,siap and hantar..realiti, kau kena siapkan assignment last minit, berjaga dr malam sampai pagi sebab mau siapkan assignment. Masa kena bagi assignment dengan selamba cakap "ala lama lagi la mau hantar..enjoy dulu baaa". sabahan kena ada "bah" okey..ngeee... Then lepas tu kuiz,blajar tuk kuiz ni besok kuiz ari ni baru mau belajar..seee??dalam novel setiap kali balik bilik buka buku belajar..realiti ndak!lol

        Masalah paling kritikal di uni ni ialah duit..awal-awal semester memang masyuk sebab duit ptptn masuk..masuk pertengahan semester mula da tak keruan sebab da terlebih enjoy, beli sana sini,travel sana sini sampai duit pun tunggu masa mau tercekik dari atm. Sampai satu saat kau akan mencari bank yang boleh keluarkan duit rm10..benda ni pernah terjadi dengan aku sebab aku bukan jenis suka menyusahkan orang..family aku tau aku kuat makan and jarang beli lain-lain..tapi aku jenis malu meminta so dalam pada kuat makan aku berjaya juga saving hingga ke hujung-hujung semester supaya tak putus bekalan..lol.. but actually abang-abang aku banyak bantu la..mustahil tak kan.. =P aku nasihatkan adik-adik aku semua ni (kalau korang masih study) jangan la ikut macam ni sebab kita tak tau macam mana payahnya family cari duit semata-mata mau bank in ke akaun kita untuk habiskan study tu kan..

         Selain itu,ha yang ni paling aku ingat..yang ni kelab yang aku follow buat program then aku ajk..program ni buat banyak sangat masalah tapi oleh sebab aku ni ajk aku cuba sedaya upaya untuk settlekan kerja aku..program ni ada dua..satu program bersama pelajar sekolah, yang lagi satu program apa ntah aku tak ingat tapi sangat tak mendapat sambutan. Program yang tak mendapat sambutan ni kami buat jauh dari bandar so kemungkinan orang mau datang kurang. So, program ni failed okey..tak mau cakap pasal program ni.. Program lagi satu ni agak berjaya tapi masalah pengangkutan berlaku dan ketua program/presiden lepas tangan sebab dia naik flight, kami plak naik bas balik kk. So, di sini aku nasihatkan korang jangan buat program cincai..cari ketua yang mampu memimpin bukan yang berlagak sebagai pemimpin tapi satu apa pun tiada..bila aku ingat pasal program aku jadi sedih sebab program first aku sebagai ajk..*sob..sob..

       Part paling best study ialah latihan praktikum sebab aku praktikal dalam bidang yang aku suka!audit la apa lagi..yesss!aku suka audit..macam entry aku sebelum ni..tapi, kerja praktikal okey cuma majikan plak yang tak berapa menitikberatkan kebajikan pekerja. Dulu aku pernah mohon cuti mau ujian komputer lesen tp sejam sebelum pusat komputer tu tutup baru dia lepaskan aku!mendidih darah aku masa tu tapi sabar ja la..then, kerja berlambak tapi elaun kena bagi cukup makan ja..bayangkan la aku  masa tu mau bayar sewa,byr bill-bil,minyak, makan..tak cukup kan..apa lagi sara hidup yang tinggi di KK ni..*tsk..tsk.. Then kami apply cuti mau siapkan laporan tak approve pun..So,start dari situ aku tak mau accept offer keja terus sana..gaji tinggi tapi kontrak and majikan plak macam mau tak mau ja offer so aku reject terus la..lol
Dalam hal ni korang kena bijak tentukan sama ada teruskan atau ndak..pilihan di tangan masing-masing.. =P but now, aku kerja di lokasi yang sama dengan tempat praktikal aku dulu cuma berbeza blok..kau rasa??kakakaka!

       waaaa apa aku taip ni semua dalam paragraph???macam esei pun ada ni..lol maaflah kalau korang baca paragraph ni boring..share pengalaman aku ja yang realitinya tak begitu membanggakan..aku cuma bebangga aku berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian untuk arwah bonda aku.. (~___~)

okey...tu ja la aku mau share..banyak lagi sebenarnya realiti seorang pelajar ni tapi ni ja aku mampu taip..kakaka!see you soonn..tq for reading.. :)

Wassalam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...