Monday, January 9, 2017

Realiti sebagai seorang pelajar univerisiti

Assalamualaikum...

Hai semuaaaa...ngeee...

Baca ba kan tajuk entry aku ni? yup!realiti sebagai seorang pelajar universiti..

       Bila dengar ja tajuk entry macam membosankan tapi this is reality. but ya you will never know until you feels it yourself. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. okey stop!

       Realiti yang kau kena hadapi dalam dunia pembelajaran di Uni ni tak sama dengan apa yang kau nampak di drama-drama, budak uni bercinta dalam drama sampai kawin, kerja,.. Nooo!!hanya sesetengah yang menjadi realiti tapi sesetengahnya lagi kembali ke alam fantasi..lol

        Aku share la pengalaman aku sebagai seorang pelajar UMS dari tahun Sept'11 to Aug'15. Best belajar lagi tinggi ni bukan tak best tapi!rules paling utama bila kau jadi pelajar uni kau jangan nak mengada mendabik dada membangga diri..sebab apa??sebab kau tu baru masuk uni tau..keluar uni belum tentu dapat kerja, belum tentu hala tuju..sedangkan orang-orang berjaya millionaire tu mana da tinggi sekolah dorang..that's why aku cakap jangan mendabik dada and membangga diri..bila kau berjaya sdah pun jangan sesekali membangga diri!

        Kembali kepada tajuk entry aku, kehidupan sebagai pelajar uni ni tak sama dengan dalam novel cinta..yang mana berlanggar then berjatuhan buku-buku then terus jatuh cinta..tidak!jangan bermimpi di siang hari..kalau terjadi pun mesti terjadi dengan yang lucky ja..*terasa diri tak bertuah sebab tak jumpa lagi..lol*

        Realiti seorang pelajar ni sebenarnya tak kira di uni ka,kolej ka,di mana-mana la sangat mencabar..kenapa aku cakap mencabar?sebab di sini la semua pengaruh mendekat dan takkan menjauh..antara pengaruh tersebut adalah cinta, shopping, enjoy, culture shock and yang sama waktu dengannya. Contoh, kau dari sekolah rendah masuk sekolah menengah kan mustahil la kau tak terpengaruh dengan kawan-kawan kau yang ada handphone lagi canggih dari kau..ada certain mungkin tak kisah tapi bagi yang certain lain tu mula la mau memberontak kan..benda ni jadi bukan setakat masuk sekolah menengah, tapi hingga ke matrik, uni..tapi aku tekankan lebih kepada uni la sebab cabaran di uni ni lain sikit.. (~__~)\

        Cabaran di uni ni contohnya kau tak pernah enjoy masa kat rumah dulu sekarang kau enjoy..in general la aku cakap ya..bukan ditujukan kepada sesiapa..sebab aku dulu pun mula-mula terfikir enjoy tapi bila aku boleh fikir da aku banyak habiskan duit aku untuk makanan..tak pecaya?kena juga percaya sebab sekarang pun da kerja aku masih lagi cuba habiskan duit untuk makan ja..*tsk..tsk..* then aku mula fikir blajar and makan and kawan-kawan..no love..

       Dulu aku suka baca novel,sebab aku boleh bayangkan akulah watak dalam novel tu..kakakaka! novel dulu-dulu best tau..sekarang ni aku tak tau la kenapa sebab aku da tak beli novel da..mungkin sebab banyak novel da diadaptasi menjadi drama?dalam novel pelajar uni senang-senang ja buat aasignment,siap and hantar..realiti, kau kena siapkan assignment last minit, berjaga dr malam sampai pagi sebab mau siapkan assignment. Masa kena bagi assignment dengan selamba cakap "ala lama lagi la mau hantar..enjoy dulu baaa". sabahan kena ada "bah" okey..ngeee... Then lepas tu kuiz,blajar tuk kuiz ni besok kuiz ari ni baru mau belajar..seee??dalam novel setiap kali balik bilik buka buku belajar..realiti ndak!lol

        Masalah paling kritikal di uni ni ialah duit..awal-awal semester memang masyuk sebab duit ptptn masuk..masuk pertengahan semester mula da tak keruan sebab da terlebih enjoy, beli sana sini,travel sana sini sampai duit pun tunggu masa mau tercekik dari atm. Sampai satu saat kau akan mencari bank yang boleh keluarkan duit rm10..benda ni pernah terjadi dengan aku sebab aku bukan jenis suka menyusahkan orang..family aku tau aku kuat makan and jarang beli lain-lain..tapi aku jenis malu meminta so dalam pada kuat makan aku berjaya juga saving hingga ke hujung-hujung semester supaya tak putus bekalan..lol.. but actually abang-abang aku banyak bantu la..mustahil tak kan.. =P aku nasihatkan adik-adik aku semua ni (kalau korang masih study) jangan la ikut macam ni sebab kita tak tau macam mana payahnya family cari duit semata-mata mau bank in ke akaun kita untuk habiskan study tu kan..

         Selain itu,ha yang ni paling aku ingat..yang ni kelab yang aku follow buat program then aku ajk..program ni buat banyak sangat masalah tapi oleh sebab aku ni ajk aku cuba sedaya upaya untuk settlekan kerja aku..program ni ada dua..satu program bersama pelajar sekolah, yang lagi satu program apa ntah aku tak ingat tapi sangat tak mendapat sambutan. Program yang tak mendapat sambutan ni kami buat jauh dari bandar so kemungkinan orang mau datang kurang. So, program ni failed okey..tak mau cakap pasal program ni.. Program lagi satu ni agak berjaya tapi masalah pengangkutan berlaku dan ketua program/presiden lepas tangan sebab dia naik flight, kami plak naik bas balik kk. So, di sini aku nasihatkan korang jangan buat program cincai..cari ketua yang mampu memimpin bukan yang berlagak sebagai pemimpin tapi satu apa pun tiada..bila aku ingat pasal program aku jadi sedih sebab program first aku sebagai ajk..*sob..sob..

       Part paling best study ialah latihan praktikum sebab aku praktikal dalam bidang yang aku suka!audit la apa lagi..yesss!aku suka audit..macam entry aku sebelum ni..tapi, kerja praktikal okey cuma majikan plak yang tak berapa menitikberatkan kebajikan pekerja. Dulu aku pernah mohon cuti mau ujian komputer lesen tp sejam sebelum pusat komputer tu tutup baru dia lepaskan aku!mendidih darah aku masa tu tapi sabar ja la..then, kerja berlambak tapi elaun kena bagi cukup makan ja..bayangkan la aku  masa tu mau bayar sewa,byr bill-bil,minyak, makan..tak cukup kan..apa lagi sara hidup yang tinggi di KK ni..*tsk..tsk.. Then kami apply cuti mau siapkan laporan tak approve pun..So,start dari situ aku tak mau accept offer keja terus sana..gaji tinggi tapi kontrak and majikan plak macam mau tak mau ja offer so aku reject terus la..lol
Dalam hal ni korang kena bijak tentukan sama ada teruskan atau ndak..pilihan di tangan masing-masing.. =P but now, aku kerja di lokasi yang sama dengan tempat praktikal aku dulu cuma berbeza blok..kau rasa??kakakaka!

       waaaa apa aku taip ni semua dalam paragraph???macam esei pun ada ni..lol maaflah kalau korang baca paragraph ni boring..share pengalaman aku ja yang realitinya tak begitu membanggakan..aku cuma bebangga aku berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian untuk arwah bonda aku.. (~___~)

okey...tu ja la aku mau share..banyak lagi sebenarnya realiti seorang pelajar ni tapi ni ja aku mampu taip..kakaka!see you soonn..tq for reading.. :)

Wassalam..


9 comments :

  1. So true. :)
    How i miss my student life so much :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. same here! :( walaupun mencabar, tu la kenangan paling indah.. :(

      Delete
  2. Yup. Mencabar and banyaak sangat mengajar kita erti kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agree!! :) di sini la bermula cabaran.. :)

      Delete
  3. Replies
    1. yup sis..tapi terpulang dengan diri kita sendiri macam mana kita mau hadapi tu semua.. :)

      Delete
  4. I can see the struggle here. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah..hehe banyak lagi sebenarnya..hehe

      Delete
  5. Bosan Dengan Cerita Gosip Yang Sama Sahaja?
    Bosan Dengan Berita Artis Yang Sama Saban Hari?
    Asyik Pasal Si Polan Itu Sahaja?
    Macamlah Artis Kat Malaysia Dia Sahaja…
    Hmmm…Asyik Kisah Cinta Artis Sahaja…
    Takkan tak ada yang lain…
    Drama baru tak ada ke, Filem Baru Tak Ada ke…
    Asyik Gosip je, bosan gak…
    Hmmm….kalau gitu, jomlah klik kat semua link di bawah ni…
    Semua Ada....
    Kami jamin, anda akan puas hati dengan setiap yang kami post….


    For More Clevver Visit:
    Website: http://hotistagram.blogspot.my/
    Like us on Facebook: https://www.facebook.com/hotisntagram/
    Follow us on Twitter: https://twitter.com/nanafans15
    Keep up with us on Instagram:
    https://instagram.com/_u/hotinstadotmy?r=sun1
    Join Group Facebook :
    https://m.facebook.com/groups/1340037192727642?tsid=0.7523257835972004&source=typeahead
    Sources : Instagram, Facebook etc

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...